Sunday, July 29, 2012

TIADA JIWA BERNIAGA?


mahu berniaga? tetapi apa yang menghalang? kebanyakan daripada kita semua inginkan kejayaan dalam bidang berniaga. tetapi perasaan malu yang meninggi dalam diri disamping tiada keyakinan merupakan faktor utama yang boleh menghalang kita menuju kejayaan.

dalam berniaga, kita harus pandai berkomunikasi, berani menanggung risiko (rugi), keyakinan tinggi (tiada perasaan segan), jujur dalam menjalankan perniagaan (tiada riba-untung yang melampau), tidak berkira dalam soal menambah modal dan aset,dan sebagainya- saya rasa anda lebih tahu.

apa yang penting, kita mesti tahu barang yang hendak dijual. siapa sasaran kita. harga pula berpadanan dengan ekonomi sasaran. barang yang hendak dijual itu pula mestilah barang yang tidak mendatangkan dosa yang berpanjangan. contohnya menjual 'bonggol unta' :)

sedikit sahaja daripada saya untuk panduan bersama :)
tiba-tiba saya terfikir ini kerana saya mahu menjana pendapatan sampingan untuk menampung kos kehidupan sebagai pelajar. saya memang tiada jiwa berniaga. tidak yakin dan rasa segan.

segan? sebab saya mahu jual alat kosmetik tetapi saya sendiri jenis bukan muka berwarna,,, jadi...lupakan sahaja. - ya, satu sikap yang tidak bagus - putus asa. jangan tiru sikap ini.

tidak mengapa, saya akan cuba lain kali. aman (~,^)v 


No comments: