Saturday, June 23, 2012

BUAT SAHABAT




jangan gundah gulana sahabat. saya sentiasa di sisi kamu dan sentiasa menyokong kamu dari belakang. tidak pernah terkurang rasa kasih insan dalam hati saya terhadap kamu. mungkin kamu berasa hati kerana melihat perubahan saya? atau saya mula menunjukkan rasa tidak peduli pada kamu?


saya tidak pernah menganggapnya begitu sahabat. percayalah! kita punya matlamat yang berbeza. kita punya cara yang berbeza. kita berlainan. tapi mengapa kita masih bersama? perbezaan itu yang melengkapkan kita sahabat!


saya cuba sedaya upaya mengikut rentakmu. tapi saya juga punya rentak sendiri. semakin berlalu hari, semakin membuatkan saya terfikir banyak perkara. saya berharap janganlah kita goyah untuk perkara sekecil zahrah itu. biarlah perbezaan kita merapatkan lagi silaturahim ini.




perbezaan yang banyak, tetap punya persamaan...persamaan itulah titik bergandingan. senyum sahabat:)

No comments: