Saturday, June 23, 2012

TEMAN HIDUP?

 






ah memang terlalu kompleks kadang2 bila fikirkan mengenai ini. setiap orang itu sudah ditentukan jalannya untuk menemui dan membinanya bersama. bukanlah hendak mengatakan diri ini sudah terdesak untuk mencarinya tetapi...ini fitrah apabila mula memikirkan walaupun masih dalam hijau muda lagi


fikirkan dan risaukan,,,tetapi tidak mendatangkan apa-apa kesan dalam diri ini. tidak tahu kenapa. bukan niat mahu memberikan harapan pada sesiapa. entahlah, sedangkan diri ini juga tidak temu jawapannya


mungkin mengenai satu perihal yang sentiasa bermain di fikiran ini. ibaratnya perihal inilah yang akan sentiasa mematikan hati ini ke arah itu. bukan hendak melawan fitrah, tapi cuba untuk memberikan yang terbaik buat semua pihak. bolehkah diri ini mendapatkan sekeping hati yang ikhlas untuk menerima jasad ini? 


cukuplah bagiku ikhlas. biarlah masa yang tentukan. apalah gunanya memaksa hati jika bersisa rasa ragu pada kemudian hari. ah entry ini bukanlah untuk sesiapa, sekadar berkongsi apa yang ku rasa,,, cukup takut andai ada yang terluka huhu


kadang-kadang bukan putus asa, cuma rasa penat.


No comments: