Online Diary MY FAKE IS ORI: June 2014

Sunday, June 29, 2014

Unknown Shadow


Laman sosial. Nampak macam kesan buruk yang banyak daripada yang baik. Tapi tidak semestinya.

Luahan perasaan di laman sosial pula, nampak memang banyak buruk daripada yang baik. Tapi tidak semestinya semua. Kadang-kadang dalam sesuatu hubungan -tak kisahlah hubungan yang macam mana dan dengan sesiapapun.. luahan perasaan di laman sosial ini sekiranya mendatangkan kebaikan kepada hubungan mereka, maka teruskanlah.

Kalau dah bersemuka tak boleh nak keluar sepatah haram pun, kalau dah bersemuka pun terasa dingin sahaja..maka untuk mengetahui perasaan partner dalam sesuatu hubungan tu, kalau melalui laman sosial memudahkan caranya, maka teruskanlah. 

Suka hati lah nak tulis gedebak-gedebuk macam mana pun, tulislah. Asalkan partner faham yang itu apa yang dirasainya. Mujurlah partner faham. Mujur juga partner tu kalau dia belajar ilmu psikologi ni. Kalau dah tak faham, terus melenting, meletus perang dunia, maka hentikanlah. Justeru carilah cara lain yang lebih mendamaikan tetapi tidak berat sebelah. Seolah-olah cara yang dicari itu menampakkan yang seorang ini malaikat, yang seorang ini setannn. Janganlah begitu ya.

Lagi satu...

"Manusia ni tak sempurna" - quote simple dan klise daripada mana-mana manusia dan biasa jumpa dalam mana-mana luahan perasaan.

Semua orang faham itu tapi tak semua orang cuba praktikkan apa yang mereka faham. Maksud aku, cuba kalau dah faham tu, selitkan sekali sabar (nak lagi power terus selit redha) dalam faham tu. 

Kiranya begini, kita dah faham dia begitu dan begini. Faham sangat dah. Jadi rasanya tak perlulah nak melenting bagai pungpangpungpang. Cuba sabar dalam menghadapinya tanpa rasa prejudis.

Prejudis maksud aku, setiap manusia ada kelemahan ada keburukan ada tabiat bangang ada sikap-sikap yang tidak menyenangkan ada macam-macam lagi benda yang memang boleh buat modal gosip non stop selama seminggu. Semua orang ada itu dan tolonglah faham.

Tolonglah faham bahawasanya sebenarnya manusia-manusia ini tak suka pun benda-benda tak elok (negatif) yang mereka buat. Dah nama pun tak sempurna, maka setiap kali berlaku, maka ianya tidak disengajakan dalam kewarasan yang normal. 

Dan fitrah manusia itu sendiri yang sukakan benda-benda yang elok, maka jangan cuba menghukum seseorang mengatakan dia tidak pernah berusaha dan berniat cuba untuk berubah. Tolong jangan jadi Tuhan. Kita tak tahu sepenuhnya apa yang ada dalam isi hati seseorang. 

Hubungan yang macam mana pun, partner kita tidak akan bercakap 100% apa yang terlintas di mindanya dan apa yang dia rasa di hatinya. Takkan 100%. 

Jadi aku rasa sebelum nak rasa apa-apa, cuba kita dahulukan rasa macam ni.... "ntah-ntah dia pun rasa macam aku rasa?!"

Maksudnya sebelum kita nak rasa marah, benci, menyampah, rasa yang dia teruk sangat dan sebagainya... cuba tanya diri sendiri soalan tadi "ntah-ntah dia pun rasa begini kat aku juga?!"

Maka dengan itu, kita ini sebagai manusia yang ada hati dan akal fikiran serta mempunya fikiran tahap sedar, pra sedar dan tak sedar menda pun, serta mempunyai tahap egois yang pelbagai... jangan cuba untuk memahami orang lain terlebih dahulu, kalau tak cukup kenal diri sendiri...

So... selamat meningkatkan iman, amal ibadat dan cuba berusaha menjadi lebih baik walaupun kadang-kadang terpesong, tak pe, masuk line balik dan teruskan berjalan di jalan yang lurus. 

Selamat menyambut bulan Ramadan dengan cara yang betul dan buat yang terbaik :D


*sebenarnya memang nak ucap selamat berpuasa je



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday, June 10, 2014

The Winner Of The Denda


Tiba-tiba teringat zaman sekolah. Haru tak biru... zaman sekolah dulu, kena denda merupakan satu perkara yang amat membanggakan. Masa kena tu, tak lah bangga, malu segan dan macam2 lah sampai rasa nak kerat batang leher ni, gi sekolah tanpa kepala huhu.

Dalam banyak2 denda yang winner dalam hidup aku setakat ni - masih segar dalam ingatan beb- ialah jengjengjeng...berikut merupakan portfolio the winner of the denda *muahahaha

Masa kena - Form 4
Status - Pengawas sekolah *hewhew
Jenayah - Buat bising (menjerit) dalam surau - kes gurau senda tak kena masa dan tempat
Alasan helah bela diri - Aku kan cepat terkejut - tu yang terjerit (tapi baik jugak la mengaku salah)
Masa - Bulan Ramadhan - lepas solat Maghrib
Siapa bagi denda - Presiden... (tak ingat pulak nama penuh jawatan dia *nama penuh dia aku ingat haha - yang pasti kepala segala murid di sekolah dan asrama)
Dendaan yang dianugerahkan - Baca hadis setiap pagi masa perhimpunan selama dua minggu
Peguam bela - Kakak angkat yang sama kelas dengan presiden tolong kautim - maka diringankan menjadi 4@5 hari sahaja *tak berapa nak ingat hehehehe - 

Nasib baik perhimpunan pagi masa tu just semua kena beratur di luar kelas masing2 sahaja. Baca AsmaulHusna, baca doa, masuk je kelas. Pengawas yang bertugas baca doa semua tu akan gunakan mic di pejabat.

Makanya, masa aku kena denda tu, menapak lah aku dengan penuh segan ke pejabat. Aku ingatkan ada cikgu yang telah maklum akan keberadaan aku pada waktu pagi di pejabat itu untuk melaksanakan dendaan. Disebabkan nampak mcam dungu je aku berdiri dalam pejabat tu (padahal tengah usha mic - tak nak tanya nanti segan), cikgu HEM ni tegur aku..

Cikgu: Ha, kamu nak apa?
Aku: Err hehe.. saya nak cari mic yang biasa guna waktu pagi2 ni. Yang ni ke cikgu? (Sambil tunjuk mic yang dan dan pulak baru ternampak) - nampak sangat jarang ziarah pejabat.
Cikgu: Aah lah yang tu. Kamu nak buat apa?
Aku: Saya nak bacakan hadis ni. Hadis pasal sahur.
Cikgu: Oh! Bagus bagus. Setiap pagi ya ada?
Aku: Aah cikgu. Setiap pagi. 
Cikgu: Bagus bagus. Teruskan.
Aku: (sengeh.segan.bangga.) haha

Aku nobatkan denda ni the winner sebab dalam segan-segan aku mengakui khilaf, aku dapat something yang lebih bernilai dari itu. Something yang aku sendiri tak tahu nak describe macam mana. Yang pasti ianya tersangat priceless.





Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Friday, June 6, 2014

Sibuk Je Nak Baca



Dulu... aku seorang perasa dan mudah merasa. Walau apa pun rasanya... aku tetap suka. Dan aku mampu menzahirkan setiap rasa itu dalam setiap bait yang aku conteng.

Dan kadang-kadang sehinggakan ada juga si mata-mata hati yang dapat merasakan setiap bait yang ku conteng - sama rasanya seperti mana aku rasa.

Semakin aku jauh berjalan, berlari, kemudian terjatuh, menangis, tapi bangkit semula walau dalam keadaan tempang, tetap terus berjalan sementara menanti kebah - semakin aku lupa bagaimana untuk menconteng semula dengan rasa.

Maksud aku, contengan yang penuh perasa sehingga memberikan satu perasaan yang aneh-aneh ke dalam insan yang bermata hati yang sudi menelek contengan aku.

Aku sudah lupa dan semakin tidak tahu untuk memberikan perasaan dalam setiap contenganku.

Mungkin hati yang menjadi tempat simpanan segala rasa ini sudah terlalu kebal untuk aku ketuk dan pinjam setiap rasa darinya untuk dicurahkan dalam setiap contengan aku?

Ya, mungkin juga perjalanan aku yang semakin jauh ini juga mengajar aku erti keras...

Aku tidak tahu itu. Yang aku tahu, aku juga punya rasa yang kadang-kadang aku memang tak tahu dan mampu untuk dizahirkan dalam mana-mana contengan aksara mahupun warna-warna.

Bukanlah rasa yang sekadar rasa aku maksudkan. 

Tetapi satu rasa yang ada jiwanya. Aku sudah tidak mampu untuk berikan jiwa kepada rasa itu lagi. 

Jiwa itu cukup untuk aku rasa sekali cuma.



|
|
|
|
|

Jangan fikir yang bukan-bukan. 

Ini cuma omongan kosong daripada seorang yang masih mengira bintang.



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Jangan Buat Selepas Makan





Wahai sahabat yang budiman, marilah kita cuba mengelakkan daripada melakukan perkara-perkara di atas selepas makan. 

Yang mana baik, ambil dan amalkan. Yang mana khilaf tinggalkan je.

Aku kongsi je.

Kenapa tak boleh buat semua yang di atas selepas makan?

Aku malas pulak nak menaip tapi terajin nak mengupdate blog.

Maka wahai sahabat yang budiman bolehlah baca di sini 

|
|
|
|
|
|

SINI

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen