Monday, May 27, 2013

I'M FREE




Ohhoiii… sudah 3 hari cuti berlalu di rumah… masih tak dapat rentak yang mantap untuk menikmati cuti kali ini huhu.

Dikatakan dicadangkan dan diaturkan ada kerja yang perlu diselesai bersama-sama big boss – tampal notis cukai pintu ekeke.

Orang2 kaya ni pun satu hal, nama je kaya tapi tak reti nak setel cukai. ^,^

Nak balik kampung lama2 jugak~ duduk tenangkan kepala otak…konon…

Actually tak tahu nak buat apa, tak pe lah, just nak dapatkan rentak cuti jee…

Kalau ikutkan memang banyak planning cuti2 ni..

Mampu merancang… Tuhan yang menentukan…

Friday, May 17, 2013

CIKGU!!! TERIMA KASIH TAU

 
 
Yuhuuu. Sebelum tamat 16 Mei ni teringin nak buat satu dedikasi. 

SELAMAT HARI GURU & TERIMA KASIH CIKGU 

Untuk semua cikgu2 aku dari tadika sampailah ke maktab perguruan ni.
 
 

1997Tadika unknown. Tadika sekejap je sebab alang2 dah duduk di taska (time ni parents kerja). Tak teruskan tadika sebab mak kata baca dah lancar. Power tak? Hehe. Dalam ramai adik-beradik, aku je tak de sijil tadika. Ngeeeeh… kalau sebab pandai tak pe ;P

1998 SK Taming Jaya, Balakong, Selangor. Pun sekejap je, ada lah dalam satu penggal. Sebab pindah ke KL.
 

1998-2003SK Batu Tiga 1/2, Cheras, KL. Masa ni sekolah bawah bangunan. Maknanya tak ada bangunan sendirian berhad, semua kelas, library, surau, kantin dan bilik2 lain, semuanya berjauhan dan berpisah mengikut blok perumahan/flat ketika itu. Kalau time rehat tu, selalu je curi2 balik rumah, makan kat rumah lg best. Sebabnya perjalanan nak ke kantin itu akan menempuhi rumah aku dulu, tingkat 3 je, tak payah tunggu lif lama2. Hehehe. Then, 2001 barulah warga sekolah semua berpindah ke bangunan baru, berhampiran jugak dengan kawasan perumahan flat, yang diberi nama SK Seri Cheras, KL.


2004SMK Cheras Jaya, Balakong. Pindah balik ke Balakong, Selangor. Sekejap je ni, adalah dalam 2 bulan, sebab ayah aku berusaha jugak nak aku masuk sekolah asrama hehe. Sekolah ni ramai sangat murid…. sampai aku masuk jadi tak keruan, ini di Malaysia atau di In…. hikhok~
 
2004-2007SAM Sungai Merab Luar, Selangor. Aku pun tak ingat Sungai Merab ni dalam daerah apa ngeee. Sekolah ni dalam kawasan kampung, pagi kami guna, sesi petang digunakan oleh budak2 sekolah rendah agama. Selepas setahun, kami juga dapat bangunan baru, seperti sejarah di sekolah rendah pulakkan~ iaitu SAM Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Selangor. Fuyooooo memang best asrama atas bukit blabla.


2008SMK Desa Petaling, KL. Saja nak berubah angin, nak try sekolah biasa dan feel macam mana lalui detik2 persekolahan di rumah. Memang best, setiap pagi ayah baca Al-Fatihah atas kepala, tu yang dapat best student SPM tu. Haha *bongkak jap.
 
2009 sampai sekarangInstitut Pendidikan Guru


Actually nampak macam tak ada kena-mengena nak wish selamat hari guru dan aku ceritakan sejarah persekolahan aku kan. Hoho. Suka hati aku sebab aku yang menulis. Plus, bila aku wish pasal guru, aku teringat kenangan2 macam mana aku boleh pergi ke sekolah2 tersebut, macam mana zaman persekolahan dulu2, cikgu2 dulu dan sebagainya. Sangat touching tau.. rindu zaman sekolah sangat2. 

ok bye.