Online Diary MY FAKE IS ORI: SAJALAH AKU NAK BERCERITA

Sunday, March 17, 2013

SAJALAH AKU NAK BERCERITA

 
 
suka aku nak cerita
manusia ni sukar diteka
bila kita tegur, takut dia merana
'kita marah dia' katanya
'kita perasan bagus' katanya
'kita buat dia rasa segan' katanya
itu semua dia yang kata
habis dicanang pada semua
putar belit ayat tambah perasa
habis kita serong dipandang manusia
senyum dia menang fikirnya
keluh kita kasihan padanya
niat nak bantu buat gembira
habis kalau dah gitu perangainya?
asal kita dah lakukan apa daya
selebihnya terserah padanya
inilah manusia
cepat menafsir mengikut rasa
rasa yang baik, itu tak apa
tapi cepat sangat rasa tak baik menyapa
terpulang apa nak kata
kita dah memang tak berdaya
kalau macam ini jadinya
teruskan kalau dah itu pilihan dia
kita doakan saja
moga kita pun tak macam dia              
  

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 any idea?:

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen