baru lepas jumpa Pak Agi (Abdul Ghafar Ibrahim) dalam majlis TRI-V AGI.
katanya,
"sajak padaku terdiri daripada TRI-V: verbal, vokal, visual. verbal ialah isi sajak. vokal bunyinya. visual ialah teknik sajak. verbal harus dimengertikan. daya kreasi penyajak menimbulkan daya rasa-fikir yang kritis daripada pembaca untuk menuju pada erti sajak.
kejayaan membaca menegakkan kesan vokal sajak. pembacaan mestilah berjaya meninggalkan kesan-kesan yang nikmat. vokal itu harus didengar satu-persatu penuh hati-hati. tempat penglahiran sajak tak terbatas. di atas kertas, melalui tv, radio, tanyangan slide, dan movie.
cara mana sajak itu disampaikan adalah tekniknya. di atas kertas dia tertera dengan bentuknya yang tersendiri. radio dan tv mementingkan tekanan vokal yang menimbulkan susuk verbalnya. slide dan movie menggambarkan grafiknya. cara ia dilahirkan itu dinamakan visual.
jadi sebuah sajak itu mestilah dibaca-didengar-dilihat. barulah kita akan dapat suatu pengertian yang nikmat."
nampak macam gila. tapi gila yang buat kita nganga. hanya ada satu AGI sahaja di Malaysia.
sempat sambar dua bukunya. nasib baik sempat. selalunya tak sempat. bila tak sempat tu, rasa kecewa tak dapat miliki dan rasa geram lihat rakan dapat meramasnya. arghh sekalipun aku bukan ulat buku, rasa ingin memiliki itu tetap tinggi.
carilah siapa itu AGI. mungkin dengan cara itu, kita lebih menghargai. biasanya begitulah...
dah lama tak bersukan aka bermain. sekali terjebak dalam kho-kho, perghh sedap betul tisu2 kaki ni menarik. thanks buddy! sebab beri badan aku terkejut kujat. aku suka itu.
nak buat saimen seterusnya, tapi bila dah hantar satu saimen, rasa macam dah hantar semua saimen pulak. sigh! oh, semangatku!
baru nak update blog. sebab baru rasa ada mood nak menaip. sebelum ni, ada mood nak update tapi tak de mood nak menaip. mood oh mood!
mak beritahu ayah demam. ermmm, jarang tengok ayah sakit. sekali dengar, sekali tengok, rasa macam tak best. semoga ayah sembuh cepat.
lagi? entahlah,,, dah banyak jadi sejarah, tapi tak dibukukan pulak dalam memori ni. banyak makan semut ni. arghh
aku tengok budak ni (adik aku ni lah), macam aku tengok diri aku sendiri. kadang-kadang buat aku sedar untuk bermuhasabah.
ok lah. cukup sudah. sebelum tidur, Al-Mulk dulu ya. dulu Al-Mulk sambil pejam mata je, sekarang kena jojolkan besar2 biji matanya kasi masuk dalam otak. semut oh semut. *tak habis2 salahkan semut. tolong jangan begitu. salah sendiri! muhasabah kembali.
krooh kroooh kroooh zzzzzz
katanya,
"sajak padaku terdiri daripada TRI-V: verbal, vokal, visual. verbal ialah isi sajak. vokal bunyinya. visual ialah teknik sajak. verbal harus dimengertikan. daya kreasi penyajak menimbulkan daya rasa-fikir yang kritis daripada pembaca untuk menuju pada erti sajak.
kejayaan membaca menegakkan kesan vokal sajak. pembacaan mestilah berjaya meninggalkan kesan-kesan yang nikmat. vokal itu harus didengar satu-persatu penuh hati-hati. tempat penglahiran sajak tak terbatas. di atas kertas, melalui tv, radio, tanyangan slide, dan movie.
cara mana sajak itu disampaikan adalah tekniknya. di atas kertas dia tertera dengan bentuknya yang tersendiri. radio dan tv mementingkan tekanan vokal yang menimbulkan susuk verbalnya. slide dan movie menggambarkan grafiknya. cara ia dilahirkan itu dinamakan visual.
jadi sebuah sajak itu mestilah dibaca-didengar-dilihat. barulah kita akan dapat suatu pengertian yang nikmat."
nampak macam gila. tapi gila yang buat kita nganga. hanya ada satu AGI sahaja di Malaysia.
sempat sambar dua bukunya. nasib baik sempat. selalunya tak sempat. bila tak sempat tu, rasa kecewa tak dapat miliki dan rasa geram lihat rakan dapat meramasnya. arghh sekalipun aku bukan ulat buku, rasa ingin memiliki itu tetap tinggi.
carilah siapa itu AGI. mungkin dengan cara itu, kita lebih menghargai. biasanya begitulah...
bersama Pak Agi |
nak buat saimen seterusnya, tapi bila dah hantar satu saimen, rasa macam dah hantar semua saimen pulak. sigh! oh, semangatku!
baru nak update blog. sebab baru rasa ada mood nak menaip. sebelum ni, ada mood nak update tapi tak de mood nak menaip. mood oh mood!
mak beritahu ayah demam. ermmm, jarang tengok ayah sakit. sekali dengar, sekali tengok, rasa macam tak best. semoga ayah sembuh cepat.
lagi? entahlah,,, dah banyak jadi sejarah, tapi tak dibukukan pulak dalam memori ni. banyak makan semut ni. arghh
motif gambar: tiba-tiba! sama tak? adik bongsu*setakat ni. |
ok lah. cukup sudah. sebelum tidur, Al-Mulk dulu ya. dulu Al-Mulk sambil pejam mata je, sekarang kena jojolkan besar2 biji matanya kasi masuk dalam otak. semut oh semut. *tak habis2 salahkan semut. tolong jangan begitu. salah sendiri! muhasabah kembali.
krooh kroooh kroooh zzzzzz
No comments:
Post a Comment