Saturday, March 30, 2013

BEKALAN TAMAN NEGARA

 
 
ohhoiii. sudah lama tidak berupdate. huhu. lelah dari Taman Negara pun tak habis lagi. penatnya masih terasa lagi. bukan penat Taman Negara sahaja. sebelum pergi dan selepas pergi ke Taman Negara, pulang sekejap ke rumah. 

balik rumah pun macam pergi vacation. ada saja nak pergi sana sini. dengan family lah tapi. huhu. tidak apalah. asalkan bahagia. semalam makan nasi arab dengan family. tak menyempat lah pulak nak snap gambarnya, lapar tahap gaban! nasi arab disediakan dalam pinggan besar punya, kecil sikit daripada dulanglah. 

tak menyempat ambil pinggan, aku makan terus dalam pinggan besar gedabaq tu. aku dengan ayah aku. haha. kebulur! orait lah, makan dengan kambing pulak! first time makan, biar order mahal2 ngeh ngeh. adik2 aku je tak habis2 ayam ayam ayam! haha diorang kesian kot dekat ayah aku, kena bayar lebih kihkih. aku bukan tak kesian, tapi kan gaji baru masuk. kehkeh kejam!
sorang tak dapat join huhu


ermm, part yang aku suka- rapid shooting dan melawat kampung orang asli. ngeh ngeh. sebelum ni pernah je pergi, dekat dengan kampung ayah. tapi tak feel sebab macam dah moden sikit orang aslinya walaupun rumahnya tetap sama-lebih kuranglah. dah ada motor, pakai pun dah lawa2, dah keluar jalan2 naik motor sambil jerit2 haha. 

kampung orang asli yang ni, asli betul. orang asli Bateq. dapatlah merasa nak menyumpit, tengok real punya cara hidupkan api dalam masa beberapa minit je. nak tahu lebih lanjut mengenai orang asli Bateq, google lah sendiri hihi. rapid shooting baru aku terasa betul2 puas enjoy haha. naik bot, main perang2 air. perghh!

jungle tracking dan nite walk, bukan tak best, best je... just aku boring sikit haha. sebab ingatkan jungle tracking, macam biasalah kita jalan dalam hutan dengan penuh liku2nya. tapi yang ini, tracknya telah dipapan-papankan jadi macam tangga. so seolah2 macam menaiki tangga. memang sedap betis2 ni menggigil. penat naik tangga tu yang terasa lebih. 


so bila dah sampai ke puncak bukit, nak feel keindahan alam tu agak dah terkurang sedikit sebab sibuk melepaskan lelah. huhu. tapi bab bergambar masih semangat walaupun tak segigih zaman muda2 dulu. haha. takpelah, bagi budak2 class rindu kegigihan bershooting aku hehe.ermm sebelum tu ada aktiviti canopy walk- jalan atas jambatan gantung. benda ni ah pernah rasa masa pergi sabah. so taklah goyang sangat. first time kat sabah tu memang betul2 goyang haha.


pada pendapat aku, kalau takde tangga lagi best kot. walaupun penat tu tetap terasa tapi feelnya lagi puas. ini pendapat aku jelah. orang kata apa, perasaan peribadi ecece. nite walk pulak, sebab mencari spesies2 haiwan dan serangga kan,,, so... hahaha lagi lah aku macam tak berminat pun.


nak2 jalan ramai2 pulak. kalau kita2 je, terasalah jugak seram sejuk tu sebab malam kan. untung2 terlanggar babi hutan ke, haa kann. haha. tapi kali ni ramai pulak para pelancong yang sudi ziarah Taman Negara. binatang pun menyorok tengok ramai sangat manusia lalu-lalang. hehe.

 
walaupun tahu itu ilmu baru,,, tapi entahlah. tak feel sangat. tapi excited lah pulak bile jumpa binatangnya- ular, kala jengking etc. haha. bila tak jumpa tu, mood tu terasa downnn je balik. kehkeh. masa ni, entah berapa kali aku menguap. memang balik je chalet, terus tidur.


ohhoiii...begitulah serba sedikit bekalan sejarah di Taman Negara. biar sedikit tetapi puas. sebenarnya banyak lagi tempat dan aktiviti di Taman Negara yang boleh dilakukan. kalau nak buat semua, kena duduk sebulanlah hehe. overall, untuk 3 hari 2 malam, orang kata boleh layanlah...hehe. 

haa! nampak tak dekstop aku yang penuh tu. aku tak suka sesak2 ni haha. nak buat macam mana, kena juga hadap. ada 2 lagi esaimen nak kena hantar. dengan nak praktikumnya. aiihh.

cakap pasal praktikum, sebelum cuti aku dengan partner dan partner budak math (cina) telah ke sekolah tersebut untuk berjumpa guru pembimbing dan guru besar. haaa see! semangat tak?

dah budak math tu yang ajak jumpa. takkan nak tolak pulak, kita kena jalinkan hubungan yang baik sebab nanti kita mengajar satu sekolah. hehe. kami turutkan jua walaupun tak nampak dengan jelas matlamat utama untuk ke sekolah.

sebab biasanya pada hari pertama datang ke sekolah, selepas melaporkan diri barulah berbincang2 dengan GB dan guru pembimbing. kalau ikut pada penafsiran akulah. ini...pergi sekolah dengan tak bawak surat pengenalan diri, aleh2 pergi pejabat cakap nak jumpa guru pembimbing.

haha. konpius GB tu cari surat kami. nasib baik jumpa, kalau tak.... takde apa2 pun, just malu jelah hehe. then nasib kurang baik tapi baik bagi aku- kedua-dua guru pembimbing tiada sebab ada urusan di luar sekolah. masa tu sepatutnya cikgu pagi dah boleh balik sebab dah pukul 1 lebih kot hehe. 

aku pun tengah lapar masa tu. hehe. oklah babai. saja nak mention- masih tiada mood nak buat rajah pepohon. adehhh.

Sunday, March 17, 2013

SAJALAH AKU NAK BERCERITA

 
 
suka aku nak cerita
manusia ni sukar diteka
bila kita tegur, takut dia merana
'kita marah dia' katanya
'kita perasan bagus' katanya
'kita buat dia rasa segan' katanya
itu semua dia yang kata
habis dicanang pada semua
putar belit ayat tambah perasa
habis kita serong dipandang manusia
senyum dia menang fikirnya
keluh kita kasihan padanya
niat nak bantu buat gembira
habis kalau dah gitu perangainya?
asal kita dah lakukan apa daya
selebihnya terserah padanya
inilah manusia
cepat menafsir mengikut rasa
rasa yang baik, itu tak apa
tapi cepat sangat rasa tak baik menyapa
terpulang apa nak kata
kita dah memang tak berdaya
kalau macam ini jadinya
teruskan kalau dah itu pilihan dia
kita doakan saja
moga kita pun tak macam dia              
  

Wednesday, March 13, 2013

JUMPA PAK AGI

 
 baru lepas jumpa Pak Agi (Abdul Ghafar Ibrahim) dalam majlis TRI-V AGI. 

katanya,

"sajak padaku terdiri daripada TRI-V: verbal, vokal, visual. verbal ialah isi sajak. vokal bunyinya. visual ialah teknik sajak. verbal harus dimengertikan. daya kreasi penyajak menimbulkan daya rasa-fikir yang kritis daripada pembaca untuk menuju pada erti sajak. 

kejayaan membaca menegakkan kesan vokal sajak. pembacaan mestilah berjaya meninggalkan kesan-kesan yang nikmat. vokal itu harus didengar satu-persatu penuh hati-hati. tempat penglahiran sajak tak terbatas. di atas kertas, melalui tv, radio, tanyangan slide, dan movie. 

cara mana sajak itu disampaikan adalah tekniknya. di atas kertas dia tertera dengan bentuknya yang tersendiri. radio dan tv mementingkan tekanan vokal yang menimbulkan susuk verbalnya. slide dan movie menggambarkan grafiknya. cara ia dilahirkan itu dinamakan visual. 

jadi sebuah sajak itu mestilah dibaca-didengar-dilihat. barulah kita akan dapat suatu pengertian yang nikmat."


nampak macam gila. tapi gila yang buat kita nganga. hanya ada satu AGI sahaja di Malaysia. 

sempat sambar dua bukunya. nasib baik sempat. selalunya tak sempat. bila tak sempat tu, rasa kecewa tak dapat miliki dan rasa geram lihat rakan dapat meramasnya. arghh sekalipun aku bukan ulat buku, rasa ingin memiliki itu tetap tinggi.

carilah siapa itu AGI. mungkin dengan cara itu, kita lebih menghargai. biasanya begitulah...

bersama Pak Agi
 
dah lama tak bersukan aka bermain. sekali terjebak dalam kho-kho, perghh sedap betul tisu2 kaki ni menarik. thanks buddy! sebab beri badan aku terkejut kujat. aku suka itu. 

nak buat saimen seterusnya, tapi bila dah hantar satu saimen, rasa macam dah hantar semua saimen pulak. sigh! oh, semangatku!

baru nak update blog. sebab baru rasa ada mood nak menaip. sebelum ni, ada mood nak update tapi tak de mood nak menaip. mood oh mood!

mak beritahu ayah demam. ermmm, jarang tengok ayah sakit. sekali dengar, sekali tengok, rasa macam tak best. semoga ayah sembuh cepat. 

lagi? entahlah,,, dah banyak jadi sejarah, tapi tak dibukukan pulak dalam memori ni. banyak makan semut ni. arghh

motif gambar: tiba-tiba! sama tak? adik bongsu*setakat ni.
aku tengok budak ni (adik aku ni lah), macam aku tengok diri aku sendiri. kadang-kadang buat aku sedar untuk bermuhasabah.

ok lah. cukup sudah. sebelum tidur, Al-Mulk dulu ya. dulu Al-Mulk sambil pejam mata je, sekarang kena jojolkan besar2 biji matanya kasi masuk dalam otak. semut oh semut. *tak habis2 salahkan semut. tolong jangan begitu. salah sendiri! muhasabah kembali. 

krooh kroooh kroooh zzzzzz