Monday, January 21, 2013

DALAM KEPAYAHAN AKU MERANGKAK

 
 
 
cakap pasal seni, korang tahu apa itu? atau cakap saja pasal seni, korang hanya terbayangkan Pendidikan Seni Visual aka subjek lukis-lukis dan warna-warna di sekolah? agak kurang tepat sebenarnya ya, tapi boleh juga dikatakan betul. lihat sahaja diri sendiri. lihat sekarang! kan seni tu? merangkumi keseluruhan kehidupan kita.
kau nyaring menempelak
tapi kau tak nampak kepayahannya
walau nyata benar kuakui
aku biasa saja
tiada apa ku simpan menjadi kesumat
kerna aku tahu siapa aku 
sedang ada yang diam memerhati
berharap ada sinar dalam mataku
nyata aku bangkit dari keluhan
dia yakin padaku
dia lihat kepayahanku
dia sewajarnya tempelak dalam puji
membangkitkan lagi rasa ini
sedang kau?
bijak menyembunyi kelemahan diri    
walhal kita sama sahaja
bezanya apa yang ada di hati kita


sumber gambar: Facebook


ah jangan kata muzik dan seni sahaja, kadang menulis dan berpuisi pun aku lelah. tapi jika diberi pilihan, semestinya menulis dan berpuisi- itu ada dalam diri. sedang muzik dan seni aku perlu mencari. walaupun sebenarnya semua itu adalah SENI.
sumber gambar: Facebook
apa saja kau pilih, apa saja kau buat, apa saja kau putuskan, teruskan. kalau kau lelah, resah dan terjatuh, tangisilah dengan keazaman. tapi jangan lupa untuk bangkit. perjuangan kau masih panjang.
terima kasih baca ^^  
 

No comments: