masa masuk belajar dulu-dulu, lagi-lagi belajar seni, inilah pensyarah pertama yang mengajar aku dan rakan-rakan. ya! kali pertama baru nak mengenal seni visual dengan lebih dekat. tetapi perkenalan ini menjadi igauan sehingga terbawa-bawa ke sem-sem yang berikutnya.
air mata ni, tak usah ceritalah dah berapa kali merembes. hanya kerana seni. hanya kerana encik. ya! hanya kerana encik. bukan aku sahaja, malah ada juga kawan-kawan yang turut tumpang melakar sejarah.
dulu, asal nak pergi kelas seni je, dah rasa 1001 perasaan. dalam kelas seni pula dah bersedia untuk diattack dengan ayat-ayat power encik. sentap mak aih. sampai sekarang aku masih ingat. tali yang aku lukis, rupa taik katanya. bila aku blur nak lukis garisan titik apa ntah, lupa plak istilahnya, beliau nganjing aku katanya salah pembaris ni, pembaris ni tak lurus.
lebih kurang macam itulah. menangis chorr aku malam tu. dalam kelas tu juga. ni sejarah aku, sejarah orang lain, biar orang lainlah cerita. ini antara yang paling aku ingatlah. sem berikutnya pun beliau masih mengajar kami. tapi kerjanya kurang teruk sikitlah dari sem lepas. sebab dah push habis2 sem pertama tu.
walau apapun, aku tak pernah ambil hati langsung mahupun ada rasa marah dengan beliau. malah aku berterima kasih sangat-sangat. guru macam beliaulah yang banyak mengajar aku tentang kehidupan. ya! seni itu tentang hidup. aku memang tak banyak cakap sangat dengan beliau.
sebab rasa macam cuak itu masih ada. walaupun dah bersem-sem berlalu, akan tetap cuak bila beliau ada semasa aku sedang membikin karya walaupun beliau tidak mengajar lagi. bukan tak boleh terima komen ke kritikan ke apa ke. cuma ayat beliau itu memang menusuk sanubari. atau mungkin aku yang over sensitif? mengada!
awal februari beliau akan bersara. tadi beliau ada ajak kami, sajalah nak minum petang bersama-sama. beliau baru je sembuh dari sakit. sakit orang 'bagi'. cerita beliau, doktor kata jantungnya boleh berhenti berdenyut bila-bila masa sahaja tanpa sedar atau tidak. berubat dengan darul syifa', katanya sakit ini aimnya untuk mematikan atau menghilangkan suara.
sesungguhnya beliau memang orang yang baik hati, banyak memberi nasihat, ceramah dan sebagainyalah. tapi, manusia biasalah, ada saja yang tidak puas hatinya. kata beliau, kalau sebelum ini, suaranya langsung hilang. selepas berubat enam hari di satu negara, alhamdulillah sudah boleh mula bercakap.
penutupnya, dari beliau, kalau kita sakit doktor yang sebenarnya ialah diri kita sendiri. banyakkan solat zikir dan sebagainya.
minum petang sekali dengan sambutan ulang tahun kelahiran classmates. 22 januari, 2 orang.
lepas habis basuh pinggan, minta diri nak pulang. sempat lagi beliau tanya "sya marah saya lagi ke?" haha. ketahuilah encik bahawasanya saya tak pernah ambil hati apatah lagi nak marah orang sebaik encik ni. mungkin wajah saya yang over sangat bermuka-muka- itu saya kadang-kadang tak boleh control juga. minta maaf encik.
terima kasih baca ^^
air mata ni, tak usah ceritalah dah berapa kali merembes. hanya kerana seni. hanya kerana encik. ya! hanya kerana encik. bukan aku sahaja, malah ada juga kawan-kawan yang turut tumpang melakar sejarah.
dulu, asal nak pergi kelas seni je, dah rasa 1001 perasaan. dalam kelas seni pula dah bersedia untuk diattack dengan ayat-ayat power encik. sentap mak aih. sampai sekarang aku masih ingat. tali yang aku lukis, rupa taik katanya. bila aku blur nak lukis garisan titik apa ntah, lupa plak istilahnya, beliau nganjing aku katanya salah pembaris ni, pembaris ni tak lurus.
lebih kurang macam itulah. menangis chorr aku malam tu. dalam kelas tu juga. ni sejarah aku, sejarah orang lain, biar orang lainlah cerita. ini antara yang paling aku ingatlah. sem berikutnya pun beliau masih mengajar kami. tapi kerjanya kurang teruk sikitlah dari sem lepas. sebab dah push habis2 sem pertama tu.
walau apapun, aku tak pernah ambil hati langsung mahupun ada rasa marah dengan beliau. malah aku berterima kasih sangat-sangat. guru macam beliaulah yang banyak mengajar aku tentang kehidupan. ya! seni itu tentang hidup. aku memang tak banyak cakap sangat dengan beliau.
sebab rasa macam cuak itu masih ada. walaupun dah bersem-sem berlalu, akan tetap cuak bila beliau ada semasa aku sedang membikin karya walaupun beliau tidak mengajar lagi. bukan tak boleh terima komen ke kritikan ke apa ke. cuma ayat beliau itu memang menusuk sanubari. atau mungkin aku yang over sensitif? mengada!
awal februari beliau akan bersara. tadi beliau ada ajak kami, sajalah nak minum petang bersama-sama. beliau baru je sembuh dari sakit. sakit orang 'bagi'. cerita beliau, doktor kata jantungnya boleh berhenti berdenyut bila-bila masa sahaja tanpa sedar atau tidak. berubat dengan darul syifa', katanya sakit ini aimnya untuk mematikan atau menghilangkan suara.
sesungguhnya beliau memang orang yang baik hati, banyak memberi nasihat, ceramah dan sebagainyalah. tapi, manusia biasalah, ada saja yang tidak puas hatinya. kata beliau, kalau sebelum ini, suaranya langsung hilang. selepas berubat enam hari di satu negara, alhamdulillah sudah boleh mula bercakap.
penutupnya, dari beliau, kalau kita sakit doktor yang sebenarnya ialah diri kita sendiri. banyakkan solat zikir dan sebagainya.
minum petang sekali dengan sambutan ulang tahun kelahiran classmates. 22 januari, 2 orang.
inilah beliau. terima kasih encik. dua girl tiada dalam gambar. |
luar pink, dalam oren. |
inilah studio seni kami. |
birthday girls. sanisha dan fatimah azzahra. |
terima kasih baca ^^
2 comments:
Beliau hentak aku kaw2. Sampai down tak hengat kau...
engkau pun?! ingat aku sorang je down hehe
Post a Comment