Thursday, November 22, 2012

BERMINAT DAN MAMPU MENABUR BAKTI? - MISI KEMANUSIAAN KE GAZA

*boleh tak kalau kadang-kadang nak tukar 'saya' kepada 'aku' :D


saat sahaja aku terbaca ini, hati melonjak-lonjak kegembiraan. nak ikut ke sana. nak pergi! tambahan pula, memang tak lama lagi tarikhnya, ketika aku juga sedang bercuti sem. ya Allah terasa seperti aku dah semakin hampir dengan mereka.

tapi terlupa pula aku. ke sana bukanlah ibarat aku ke ipoh selama ini. hanya berbekalkan belasan ringgit Malaysia untuk pengangkutan - 3jam sudah sampai di Ipoh. tapi mahu ke sana perlukan ribuan ringgit Malaysia.

arhh...bukan rezeki aku. memang tidak berkemampuanpun. dalam akaun cuma berapa sen sangatlah. kalau ada ribuanpun, belum campur keputusan kebenaran ibu bapa- aku belum berkahwin, jadi masih di bawah tanggunganlah. ya, bukan rezeki aku untuk menabur bakti di sana.

tidak mengapalah, cukuplah doa ikhlas aku dari sini & usaha-usaha yang lain.

anda pula bagaimana? berminat? rasa terpanggil untuk ke GAZA? cepat daftarkan diri ...





2 comments:

Unknown said...

Alhamdulillah..sama-sama kita sebarkan..InsyaAllah

farsyah said...

insyaAllah