- GANTI MINUMAN MANIS KE AIR KOSONG- pengambilan air kosong terutamanya selepas makan akan mengurangkan paling minimum 10 sudu gula sehari. Dalam sebulan total jumlah berkurang sebanyak 6 cawan gula = 450 gram lemak.
- AMBIL BUAHAN SEBAGAI GANTI MANISAN- buah-buahan kaya dengan serat dan antioksidan yang baik untuk sistem percernaan badan. Alternatif yang lebih baik daripada manis kek dan kuih muih untuk pencuci mulut selepas makan. (kalau ikut sunah, makan buah sebelum makan, kan? kalau salah perbetulkan :))
- KURANGKAN MAKANAN BERASASKAN KARBOHIDRAT RINGKAS- contoh makanan yang mengandungi karbohidrat ringkas ialah nasi putih, roti putih, coklat, gula dan makanan2 lain yang berasaskan tepung. Karbohidrat ringkas boleh menyebabkan penyakit tiga serangkai-kencing manis, sakit jantung dan darah tinggi sebab kandungan gula yang terlalu tinggi. So, kurangkan pengambilan karbohidrat ringkas dan tingkatkan pengambilan karbohidrat kompleks seperti beras perang, roti bijirin, buah, sayuran.
- JANGAN TINGGAL/LEWAT AMBIL SARAPAN- sarapan akan membekalkan tenaga seharian, yang akan memastikan badan aktif, cergas dan sihat. Mereka yang tidak bersarapan akan menjadi terlalu lapar pada tengah hari dan akibatnya akan makan terlalu banyak. Mereka yang lewat makan pula akan mengganggu metabolisma badan dan menyebabkan lemak-lemak badan tidak diproses dengan sempurna. Jika tiada masa ambil sarapan cuba ambil shake protein, susu rendah lemak atau yogurt sebagai sarapan pagi yang ringkas.
- AMBIL KEKACANG SEBAGAI SNEK- tukar pengambilan makanan ringan seperti keropok, kerepek, cip kepada kekacang, kerana mempunyai lemak yang sihat dan proteinnya dapat membantu mengekang rasa lapar. Pastikan pula pengambilan snek tersebut tidak bercampur garam atau perisa.
- MINUM SUSU RENDAH LEMAK- memastikan badan dapat zat kalsium yang penting untuk tulang, otot dan sendi yang lebih sihat. Selain susu, boleh juga ambil susu soya dan yogurt.
- MAKAN IKAN- mempunyai omega3 yang baik untuk jantung. Kalori dan lemaknya lebih rendah berbanding daging dan ayam. Masakan yang lebih sihat iaah yang dikukus, bakar atau rebus.
Rujukan: Facebook
No comments:
Post a Comment