Sunday, July 8, 2012

BERHUTANG DENGAN DBP



tahniah buat sahabat saya. nampak tak nama penuh dia kat atas tu. ini bukanlah kali pertama karya dia diterbitkan. hurm,,, rasa cemburu di situ. cemburu sebab dia semakin jauh meninggalkan orang malas macam saya. geram juga dengan diri sendiri. sebab tak bergerak-gerak untuk hasilkan karya.

nak kata malas tu bukan. tak tahulah. idea itu sudah bertimbun, masa senggang sudah berkumpul. tapi mana mood saya? arghh, itulah yang saya perlukan sebenarnya, bila mood ada, idea itu akan lahir secara tidak langsung. tapi mood saya,,,,ke mana awak pergi?

saya telah kehilangan buku azimat saya. buku nota berwarna hijau yang diberikan oleh DBP semasa menyertai MPR. semua kata-kata azimat, pesanan, tip-tip dan sebagainya oleh mentor-mentor, saya catatkan di dalamnya. saya gunakan pen merah. sangat sedih sebenarnya. tak pasti di mana tercicir. 

saya bukan hendak buat alasan kehilangan buku itu menyebabkan saya tidak menghasilkan karya. saya cuma nak minta tolong sesiapa ada ternampak buku itu, boleh beritahu saya? (^,^)v

saya rasa bersalah sangat sebab tak hasilkan karya seperti yang diharapkan DBP. bukan menghasilkan karya semata-mata tetapi pergi lebih jauh dengan karya-karya itu bawah asuhan MPR-DBP. saya tahu, jika bukan kami-kami ini siapa lagi yang akan mewarisi bidang ini di tanah air.

sudah banyak pelaburan ke atas kami oleh DBP. jadi,,,,ya! saya sedar diri sebenarnya, cuma perlukan sedikit masa lagi :)saya harap saya bukan dalam golongan orang yang terlambat.



2 comments:

Unknown said...

Assalamulaikum

Terima kasih atas entri ini dan sangat menghargainya.

Pertama; motivasikan diri untuk menulis. Nanti, insya-Allah akan berkongsi sedikit dengan kau.

Kedua; jangan putus asa dek kehilangan 'buku azimat' itu.

Ketiga; cabaran untuk kau - jadi MPR 2012 J3 yang pertama terbitkan karya. jika berjaya, ada habuannya. PASTIKAN YA!

farsyah said...

wkmsalam
terima kasih banyak-banyak atas nasihat dan semangat!
insyaAllah :)