Online Diary MY FAKE IS ORI: Welcome Back

Monday, April 22, 2019

Welcome Back


Lama gila tak menaip. Lama gila tak buka blog ni. Pastu sekarang aku nak taip apa? LOL. 

Aku cuma rindu nak menaip je. Almaklumlah, sekarang taip RPH pun pendek2 je. Bertambah pendek RPH tu bila taip time malas nak mampus. Acah aku rindu zaman assignment belambak - bapak banyak kena taip. Mana tak banyak, kalau dah tangguh je kerjanya, pastu nak settle dua tiga assignment dalam dua hari. Gila! Tapi tu lah, gila tak gila...selamat dah pun belajarnya.

So sekarang ni aku nak taip apa. 

Blog pun masih sama decorationnya. Suruh member yang buatkan. Zaman belajar punya style. Tak kose aku nak ubah-ubah. (eh, jap! apsal aku rasa yang member aku buatkan tu style lain..ok! confirm ni aku yang ubah, ambil template dari blogger mana ntah - ok sorry kawan..seriussssly susah dowk nak coding ubah2 style blog ni..lagi senang ko deco rumah ko dari deco blog ni okehhh)

Followers sama jugak. Ntah bertambah ntah berkurang pun tak pernah aku ambil kisah.

Pastu apa lagi ek?

Sekarang berlambak media sosial. Sampai blog ni pun aku pun tak tahu statistiknya dalam kalangan pembaca dan pengguna itu bagaimana. Huhu. Kalau tanya aku, memang nampak macam menurun lah grafnya - sebab aku pun dah tak tulis di blog dan dah tak baca pun blog orang kehkeh. Sekarang belambak orang pakai FB, Instagram, twitter, ...haa apa lagi...listkan sendirilah. Aku listkan media sosial yang aku pernah buat akaun je. Twitter je aku dah tutup akaun. Rasa semak pulak nak banyak-banyak. 

Oh, ya! Aku pun pernah buat akaun tmblr! Pastu aku tengok amende ntah natang tu, tak reti ah. So aku tak ingat aku dah tutup akaun tmblr tu atau aku bior je tak aktif. Aku buat pun pasal ada member sorang ni banyak update kat situ, aku dengan hobi suka nyebok hal orang gitulah, sanggup buat akaun nak stalk kenkonon...sekali boringggggg.

Ok lah, aku rasa macam dah dapat mood nak menaip. Dapat mood nak menaip tu bukan maksudnya aku akan terus membebel panjang berjela dalam post ni ek. Maksudnya...macam insyaAllah.. akan ada next post..

Aku rasa berani dan taks egan nak tulis pepanjang pasal...aku rasa dah takde sapa kisah pun nak baca sangat aku tulis ni...hikhik...

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 any idea?:

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen