Online Diary MY FAKE IS ORI: Kau Fikir Aku Siapa

Monday, March 23, 2015

Kau Fikir Aku Siapa



cikgu, Tan dah pindah.
dah pindah? kenapa pindah?
sebab cikgu suka marah dia (muka sengeh)
(sedar akan permainan) asal kamu tak pindah sekali?
Tan kaya tak ape lah..
mana kamu tau dia kaya?
dia ada mercedes..ada vellfire..saya ada sonata blablabla je..
ohhh...
dia ada rumah besar.. saya duduk semi D..
tu rumah kamu sendiri?
tak lah..sewa..
berapa sebulan?
around 4-5 ribu..
ha? (gaji aku pun tak mampu nak bayar sewa)
cikgu, biasalah tu... (menyampuk pulak budak lain)

***


budak-budak...cakapnya jujur...
dah memang budak-budak...
jujur dalam menunjuk...
datang sekolah jap lagi nak nunjuk beg baru dekat kawan..
kang tunjuk pensel warna baru...
lepastu tunjuk pulak blablabla...

tapi persaingan mereka persaingan sihat...
nak lagi menang... usaha kena lebih..
tak ada main tipu..
dengki cemburu pun tak ada sampai curi, buang, jahanamkan hak orang...
lagi dia lebih jaga ada..kalau orang lain yang tak rapat duk usik2 barang kawan dia yang hat maju sangat tu...

jujur budak2 selain nak menunjuk...sebab nak membela..
membela diri semestinya! 
tapi hat nak bela orang lain ni lagi tinggi..
biasanya memang sudu dari kuah yang hat tukang bela ni..
tulah budak2...

depa nak menunjuk ke nak apa ke...
entah kenapa...
kita yang dewasa tak pernah nak rasa annoying
mungkin sebab mereka budak2? yang punya hati masih bersih?...






Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 any idea?:

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen