Buku: Versus - Hlovate
Ini kali pertama aku membeli dan melayan novel karya Hlovate.
Itupun gara-gara terbaca blog seorang ni, yang mahu kumpulkan koleksi Hlovate.
Sebelum-sebelum ni pun ada juga member sekolah yang gila2 Hlovate.
Tapi masa tu, mindset macm ni - novel - klise - stereotype.
Agak tertanya-tanya juga lah, apa yang bestnya novel dia?
Dan aku cuba beli satu dulu.
Dan dalam kedai buku tu, berbaris novel-novel karya Hlovate.
Pulak dah. Mana satu aku nak cekau dulu?
Semua? Kopak.
Diam - Tenung - Fikir - Pilih.
Aku pilih Versus.
Sebab? Sebab cover bukunya - orang tengah main skate.
So nampak macam walawehhh.
Dan hasilnya?
Sangat memberangsangkan.
Thumbsup untuk writer.
Dan ini membuatkan aku nak beli lagi dan kumpul koleksi Hlovate.
Ini serius.
Bahasa yang digunakan sangat mudah dan selesa untuk aku baca setiap perkataan.
Cerita yang disampaikan sangat dekat dengan norm life kita.
Isi yang disampaikan sangat luar biasa apabila bagi aku penulis berjaya sesuaikan isi yang agak berat sedikit dalam penampilan yang cukup mudah untuk kita faham dan dalam cerita yang cukup dekat dengan life kita.
Menceritakan tentang seseorang - 2 3 orang yang cuba untuk mengubah diri masing-masing ke arah yang baik. Untuk membuat perubahan - itu dinamakan versus.
Sangat sakit dan pedih untuk dikorbankan dan dikejarkan - versus.
Cakap tentang 'baik'.
Apakah 'baik' pada pendapat anda?
*Mungkin aku sedikit lewat atau ketinggalan tentang Hlovate ini. So what?
Aku percaya kat luar sana masih ada juga sama macam aku.
|
sumber imej: Google |
4 comments:
bCe Contengan jalanan wehy.. serius tak rugi..hehe
MAs...
tu la...
tengah sabar ni nak kumpul..
ada gak orang lain rekemen contengan jalanan tu..
hehe :)
ko paling tegar kan baca hlovate kuikui
Alamak! Yang 'seorang ni' tu macam kenal je. Haha. Saya beli je, tapi belum sempat baca lagi. Kena tunggu ada masa lapang sikit.
hehe...
saja promote :p
yep.. nak baca ni.. memang kena ada masa yang betul2 lapang dan sesuai...
Post a Comment