Sunday, October 7, 2012

10 LANGKAH UNTUK CERIA :)






kadang-kadang tak perlu sebab untuk kita rasa gembira kerana rasa gembira itu hak semua orang. walaupun kadang-kadang ada juga hati yang jahat merampas hak gembira itu daripada kita. tak kisahlah dengan apa cara sekalipun. jika dia merampas hak itu untuk sementara, mungkin boleh dimaafkan. tapi jika menghantui seumur hidup? sampai mati takkan dimaafkan....? perkara ini boleh saja terjadi. anda mahu yang mana? hati jahat yang merampas hak gembira seseorang atau seseorang yang cuba pertahankan hak gembira dirinya...

sumber gambar: facebook
* klik pada gambar untuk pembesaran imej

Tuesday, September 11, 2012

AKU YANG BERDOSA


astaghfirullahal'azim
satu kalimat yang cukup mudah tapi memberi banyak kesan kepada pengucap,
sekurangnya kata ini dapat menyedarkan kita daripada terbuat dosa dengan segera,
sentiasalah mengucapkannya,,,

Ya Allah,
aku berasa sangat berdosa terhadap makhlukMu yang lain,
bagaimana dapat aku menebus dosa-dosa ini,
Ya Allah,
sesungguhnya hati ini tidak tenteram,
Ya Allah 
bagaimana jika sesuatu berlaku kepada diriku dan keluargaku
atas balasan dosa-dosa aku ini Ya Allah

Ya Allah aku minta dijauhkan semua itu
Terimalah taubatku Ya Allah

Ya Allah
Kau jauhkanlah sikap prasangka yang menebal dalam diri ini
Aku minta jauhkan la Ya Allah

Ya Allah
bentenglah aku dengan iman
aku mohon Ya Allah

Maqbulkanlah permintaanku ini
Ya Allah
dengarlah rintihan aku ini
Ya Allah
Sesungguhnya Kaulah yang Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihi hamba-hambaNya

-Aku yang berdosa-


*Maafkan aku





Tuesday, September 4, 2012

KALAU ORANG TANYA ASAL MANA? - nak jawab apa?


dulu saya selalu keliru kalau orang tanya asal mana? nak jawab apa?
asal ni bermaksud tempat lahirkah atau tempat dibesarkan?

kekeliruan ini terjawab bila saya bertanya pada seorang pensyarah saya, pensyarah bahasa melayu.

katanya,
bila orang tanya, biasanya kita akan jawab tempat tinggal kita sekarang.

contoh, saya asal KL (sebab tinggal (alamat) di KL).

tetapi ada juga yang menghuraikan- beri jawapan penuh.

contoh, saya lahir di Sungai Besar, tapi membesar di KL.

kesimpulannya: kalau malas nak jawab, cakap tempat tinggal sekarang, kalau rajin, silalah bercerita dengan meriahnya.

sekian :D