Thursday, February 26, 2015

Apa Nak Buat Kalau Susah Hati


saat susah hati...
aku terimbau saat-saat...
bercamping di sekolah rendah di tengah bandar cheras...
yang mana padang rumputnya memang tidak mampu mengenyangkan waima seekor anak kambing...
yang mana gelanggang simennya di sebelah rerumput hijau itu hanya mampu menghidupkan sukaneka yang beraneka...

ya...saat-saat terimbau dikala saat-saat susah hati...

petikan gitar kapok seorang cikgu lelaki yang mungkin turut susah hati...
yang mana anak bini di rumah...

maka bersenandunglah kami pada ketika malam hening itu di tapak perhimpunan tercinta...

*sila nyanyi

di sini senang
di sana senang
di mana-mana hatiku senang

di sini senang
di sana senang
di mana-mana hatiku senang

buat apa susah
buat apa susah
susah itu tiada gunanya

buat apa susah 
buat apa susah
susah itu tiada gunanya

*tepuk tangan dengan penuh rasa takjub 


*****
relek la
kata jiwa kental
#smirking

Friday, February 20, 2015

Aku Yang Sekarang

*mula menaip - 3.45 pagi

hai blog. lama tak jumpa. sorry. macam biasa - malas. selain daripada itu, tetap malas. ahh.
makanya...apa khabar blog? *ya aku tahu kau tetap begitu. aku juga tetap begini.

hidup aku sekarang, mungkin semakin okey. kot. yelah aku dah kerja. syukurrrrr. sekolah? okey sajo.. satu bendera dengan alamat surat-menyurat aku. 

tengah bandar metropolitan. atau. tengah bandar putarbelitkan? ihhikz. so far, nak masuk minggu ketiga sekolah ni, aku baik-baik sahaja wahai blog.

sekolah okey. tidak terlalu hot and tidaklah terlalu calm. just chill and enjoy. senang cerita aku masuk sini aku dah fefeling praktikum kedua. so so...

kerja? tak banyak sangat..lagi. masih boleh bahagia dan tersenyum bangga. setakat ajar bahasa bonda tahun 3 dan sejarah tahun 4, masih boleh layan lagu rock kapak.

guru kelas tahun 3. enjoy kot, rasa nak buat kelas tu macam taska je nanti. ihhikz. *nada semangat. penyelaras nilam! ewahh, aku dah suruh ulat buku (fefeling ulat buku sangattt) ni nyorok diam2 dalam tudung aku, dia nak jugak tayang kat semua orang. kah!
bukan ulat je nak terlibat dalam urusan peribadi aku, malah katak vle pun nak join. boleh frog, im welcome u with charminggg... so setakat ni tu je lah pun yang aku ingat and terasa nak tulis.

bagi aku, masa tengah muda and bergerak solo lagi ni, sepatutnya enjoy untuk apa saja kerjaan yang diamanahkan. ambil positif sebagai itu tanda orang percaya pada kebolehan kita. tolak tepi persepsi negatif, barulah boleh enjoy puas-puas masa kerja.

sebab tu, setakat ni orang letak aku mana-mana, aku okey je. sebab aku fikir masih segar, muda, single. dan inilah fasa untuk menerima dan belajar belajar dan terus belajar serta menimba pengalaman...

tapi tidaklah aku seperti menyua-nyua atau menyorong-nyorong muka ni diminta kerja. tapi apa yang diberi, terima dengan gembira. tak diberi, buat yang hakiki dengan gembira juga. 

ada tiga benda je yang menarik setakat ni sepanjang aku kerja.

pertama...

tentang foreigner. dalam kelas tahun 3 aku ni, ada orang sweden, ada orang malaysia tapi mungkin dah lama hidup di england sampai tak boleh nak cakap bahasa melayu sangat, faham pun, faham tak faham je lah kot. tahun 4 pulak, sorang ni budak jerman. 

sudahnya, aku ajar bm, lepastu kena translate bi pulak. ajar bm translate bi boleh tahan lagi walaupun kadang-kadang aku boleh pulak lost some perkataan tu dalam bi nya. habis kalau ajar sejarah ni? wallamak....aku pulak jadi terkebil-kebil pandang mat salleh ni, nak tanya tempat lahir je pun...lost! nasib baik dia punya kawan-kawan yang sangat eksaited tolong translatekan...

wheres ur born??? barulah aku tersedar daripada loading yang panjang...cehhh..tapi aku cover muka tu menten kerek lah, kalau tak malu je. ihhikzz.. aku ingatkan orang yang bukan melayu je dok speaking bi, rupanya melayu sama melayu also speaking wehh. tapi biasa berlaku dalam kelas pertama dan kedua saja. huhu.

 sampai kadang aku pun tak boleh nak cam budak ni melayu or budak ni islam, sebab tak semua budak islam pakai tudung pun, walaupun dah darjah 6. tambah pulak nama semua nak moden je. ahhakz *bukn jeles okey, nama aku pun sedap apa.. so inilah antara cabaran besar aku untuk mengajar dalam dwi bahasa. rasa tak puas mengajar kalau ada murid yang tak faham. aku betul-betul ni maksudkannya.

kedua...

aku ada kena ajar bm kelas tahun 3 yang terakhir. kelas last. perghhh!!! aku ingatkan tak terluah dia punya dugaan tu, rupanya memang tak tertaip haa... dia punya dugaan ujian onak duri tu memang maha besar dan maha dasyat... suara aku setakat ni masih rock lagi, hilang sudah suara nyaring mak nenek aku ni...

so inilah jugak antara cabaran terbesar aku untuk memastikan semua pandai membaca dengan lancar. menulis bukan sahaja mekanis malah terlebih mentalis.. semoga aku dan murid aku berjaya mengharunginya bersama-sama.. ameen..

ketiga...

hahahaha. *aku gelak dulu ek.

tak ada apa pun.. just pergi sekolah, balik sekolah, ayah aku hantar dan ambil naik motor. tu jeee... aku tak suruh tau...ayah aku yang ikhlas nok anto ihhikz... 

yelah yelah... nanti aku belajarlah drive... ada je pun kancil kat rumah tu, tapi manual pulakkkk *tutup muka...

yelahh yelahh gaji nanti aku beli kereta..

aku pun tak sabar nak hilangkan persepsi orang terhadap aku ni...*anak bongsu? *anak ayah? 

saya wanita yang mampu berdiri atas kaki sendiri tau. ayah je yang terlebih sayang kat saya. *cekak pinggang, muka belagak, sambil mulut muncung mengeluarkan bunyi 'huhhh', dongak sikit muka tu...jeling tajam, pusingkan muka, blah...

**********************************************************************
so itu sahajalah ceritera aku tentang kehidupan baru aku yang semakin mencabar ni. dan semakin banyak pulak mengarutnya punnnn...

dan aku harap aku tak bercerita lagi perihal sekolah di sini... kang ada pulak keluar gosip...budak tak pandai baca lagi sebab guru sibuk berblogging blablablabla....

so hal sekolah aku habis kat sekolah je lah..kang jumpa kawan2 seguruan pun, asyik sembang pasal sekolah..senang cerita kalau jumpa sesiapa yang berkaitan dengan sekolah dan keseluruhan isinya, kompem ceritera sekolah itu semakin tebal untuk dibukukan...

oh ya... anggap sahaja ini blog kepunyaan manusia yang biasa-biasa sahaja ya. almaklumlah bahasa rempit sikit. 

adiosss. 

habis menaip - 4.39