Saturday, November 3, 2012

CARTOON: BRAVE


Jangan tak tahu, saya suka juga layan cerita kartun. Cerita kartun walaupun kelihatan ringan pasti ada terselit mesej yang sangat bermakna untuk penonton. *tak macam cerita melayu –nak sampaikan mesej-konon.

BRAVE- seorang puteri yang sukakan kebebasan. Permaisuri – ibunya pula asyik memerhatikan dan mengajar puteri tersebut untuk menjadi seorang puteri yang terjaga adab-adabnya dari pelbagai aspek seperti puteri-puteri lain. Sehinggalah puteri itu diberitahu oleh ibunya untuk dikahwinkan dengan seorang putera (perkahwinan terancanglah ni). Disebabkan tidak setuju dan tidak bersedia, puteri tersebut membawa rajuk sehingga terjumpa seorang ahli sihir. 

Lalu dia meminta supaya ahli sihir itu menukar pemikiran ibunya tetapi ahli sihir tersebut telah menukarkan ibunya menjadi seekor beruang. Dari situlah puteri tersebut menjadi berani untuk menanggung semua kesilapan-kesilapan terhadap ibunya dan bagaimana dia mencari jalan untuk menukarkan ibunya semula. Dan bagaimana betapa kesalnya dia terhadap perbuatannya kepada ibunya. Semasa menjadi beruangpun seorang ibu itu masih lagi melindungi anaknya walaupun tahu dia jadi begitu sebab perbuatan anaknya. 

Itulah ibu. Walaupun kita tidak setuju kadang-kadang dengan ibu kita, pasti ada hikmah, pasti ada jalan bagaimana untuk selesaikan agar semua pihak mendapat hikmah itu. Tak macam sekarang ni, ada juga yang tak sabar-sabar nak tunggu kematian ibu, lebih berani post dan luahkan di FB. Na'uzubillah... harap kita sama-sama dapat tingkatkan khidmat bakti kepada kedua ibu bapa kita. aamiin.



Wednesday, October 31, 2012

INGAT MATI

ah! tersentap saya. sudah dua kali. kali pertama Oyak. kali ni Aizat pula. mereka telah pergi meninggalkan kita. Oyak senior, Aizat pula rakan, pernah sekelas. walaupun tak pernah bersembang dengan Oyak dan jarang-jarang bercakap dengan Aizat, tapi pemergian mereka memang terasa di hati ini.

tersentap sebab beberapa hari sebelum mendapat perkhabaran pemergian mereka, ada la juga bertegur sapa di FB. tak sangka itu kali terakhir. bezanya, Oyak kemalangan di Jordan yang mendapat liputan di akhbar dan berita. Aizat pula terkena virus tikus semasa bermandi manda di sungai bersama keluarga. ternampak postnya di FB mengatakan terasa lesu selepas bermandi-manda.

ya. mungkin inilah peringatan untuk saya mengingat mati. banyakkan ibadah. mengejar redaNya. Allah... harap anda pun begitu. memberi kesan di dalam hati ini apabila mengikuti perkembangan arwah Oyak yang diterbangkan dari Jordan untuk dikebumikan di Semenyih. dikatakan jenazah arwah berbau harum, mukanya kelihatan tenang. dikatakan arwah tidak akan ketinggalan untuk solat berjemaah setiap waktu.

Al-Fatihah buat kedua-dua arwah.

Tuesday, October 30, 2012

ULAS BUKU: KELABU

buku dari penerbitan FIXI yang pertama saya beli- KELABU. sememangnya penerbitan FIXI membawakan satu konsep yang moden di mana telah menetapkan karya-karya di bawah penerbitannya perlu bertemakan urban & kontemporari. bahasa slanga dan celupar digalakkan tapi tidak dimestikan. wow! memang menepati cita rasa muda mudi kala ini di luar sana.

KELABU hasil garapan Nadia Khan mengisahkan kisah seorang 'pengkid'. kalau zaman mak ayah saya masa dulu panggil tomboy. ngaa. buku ni memang tebal. masa di kedai, banyak sangat pilihan (rasa nak beli semua- gulung tikar saya!). bekalan duit cukup-cukup sahaja, untuk beli sebuah, jadi untuk kali pertama biarlah beli paling tebal ngaaa.

gaya penulisan memang mudah untuk difahami. jalan cerita juga senang difahami. ditambah dengan bahasa slanga, bahasa pasar seperti kita cakap ni, memang menarik. penulis banyak juga menggunakan bahasa inggeris. mungkin untuk menunjukkan latar masa yang moden dan masyarakatnya yang berpendidikan tinggi. siapa yang nak betul-betul faham setiap bait bahasa inggeris tu, kena siap sedia kamus di sebelah- untuk yang tak teror english macam saya lah.

tapi saya malas nak rujuk kamus-kamus bagai ni-so asal faham sikit sudahlah~. saya respek penulis yang pandai menyembunyikan siapa amir yang sebenar. setelah membaca separuh novel ni baru saya tersedar. amir ialah amira! terbahak-bahak saya. sebab rasa ditipu pula oleh watak itu sendiri. tak tipu ni! so tahniah buat penulis. oh ye! lagi satu, penulis memang tidak menggunakan watak yang banyak. so kalau baca novel ni, situ-situ jugalah mainannya. 

keseluruhan, ok lah novel ni. adakah seorang pengkid itu selamanya pengkid? padahal pengkid juga manusia yang dianugerahi fitrah untuk mencintai, berkasih sayang, berkeluarga dan ya, seperti manusia lain. nak tahu? cubalah baca. 

*ya, saya memang tidak pandai mengulas buku pun. apa-apa pun saya bukan nak mengomen, nak ulas sikit-sikit je. mana yang saya tahu. sekian.

*sangat suka muka depan novel FIXI ni.