Monday, June 25, 2012

RINDUKU SEMAKIN TEBAL


baru lepas membaca sebuah entry dalam blog junior sekolah lama - sambbst. rase macam tak kenal saja junior itu, almaklumlah sudah lama meninggalkan sekolah itu. hurmm tiba-tiba rasa rindu ini semakin tebal mengingati rakan-rakan lama dan saat-saat kita harungi masa bersama di sana.

bila tengok blog junior tersebut, rasa macam - 'eh, bolehke bawa kamera kalau tiada apa-apa event di sekolah? kalau boleh bawak pun mesti tak boleh pegang sendiri,,,' ---itu apa yang ada dalam fikiran saya lah, sebab dulu saya macam tak berpeluang sangat untuk snap-snap setiap moment kita.

rasa jeles di situ. boleh dikira berapa keping sahaja gambar kita bersama yang ada pada tangan saya. mungkin dulu saya skema kot? haha. tidak mengapalah, asalkan selagi saya tidak nyanyok, selagi itulah kenangan itu tetap ada dalam ingatan saya,,,

sebahagian daripada kenangan saya



saya curi gambar tersebut dari FB. ahh, mahu juga upload gambar yang ada di tangan sendiri, tapi rasa malas pula mahu scan2 hehehe...

rindu itu tetap hadir dan tidak pernah akan berkurang...



Saturday, June 23, 2012

BUAT SAHABAT




jangan gundah gulana sahabat. saya sentiasa di sisi kamu dan sentiasa menyokong kamu dari belakang. tidak pernah terkurang rasa kasih insan dalam hati saya terhadap kamu. mungkin kamu berasa hati kerana melihat perubahan saya? atau saya mula menunjukkan rasa tidak peduli pada kamu?


saya tidak pernah menganggapnya begitu sahabat. percayalah! kita punya matlamat yang berbeza. kita punya cara yang berbeza. kita berlainan. tapi mengapa kita masih bersama? perbezaan itu yang melengkapkan kita sahabat!


saya cuba sedaya upaya mengikut rentakmu. tapi saya juga punya rentak sendiri. semakin berlalu hari, semakin membuatkan saya terfikir banyak perkara. saya berharap janganlah kita goyah untuk perkara sekecil zahrah itu. biarlah perbezaan kita merapatkan lagi silaturahim ini.




perbezaan yang banyak, tetap punya persamaan...persamaan itulah titik bergandingan. senyum sahabat:)

TEMAN HIDUP?

 






ah memang terlalu kompleks kadang2 bila fikirkan mengenai ini. setiap orang itu sudah ditentukan jalannya untuk menemui dan membinanya bersama. bukanlah hendak mengatakan diri ini sudah terdesak untuk mencarinya tetapi...ini fitrah apabila mula memikirkan walaupun masih dalam hijau muda lagi


fikirkan dan risaukan,,,tetapi tidak mendatangkan apa-apa kesan dalam diri ini. tidak tahu kenapa. bukan niat mahu memberikan harapan pada sesiapa. entahlah, sedangkan diri ini juga tidak temu jawapannya


mungkin mengenai satu perihal yang sentiasa bermain di fikiran ini. ibaratnya perihal inilah yang akan sentiasa mematikan hati ini ke arah itu. bukan hendak melawan fitrah, tapi cuba untuk memberikan yang terbaik buat semua pihak. bolehkah diri ini mendapatkan sekeping hati yang ikhlas untuk menerima jasad ini? 


cukuplah bagiku ikhlas. biarlah masa yang tentukan. apalah gunanya memaksa hati jika bersisa rasa ragu pada kemudian hari. ah entry ini bukanlah untuk sesiapa, sekadar berkongsi apa yang ku rasa,,, cukup takut andai ada yang terluka huhu


kadang-kadang bukan putus asa, cuma rasa penat.