Bertemu kembali (tak tahu bertemu siapa - syok sendiri). Setelah sekian lamanya. Sangat lama. Huhuhu.
Well well well... Aku pun sewel. Setelah sekian lamanya tidak menaip.
Life changed. Married. Anak sorang. Kerja pun dah tahun keempat ni. Even belum sah jawatan (face palm). Moved - sekarang duduk ceruk kampung.
Nak cerita apa? Just rindu nak menaip.
Bye.
selama seminggu aku cuba survive
dalam bank dah kering kontang
eh belum, ada lah sedikit (yang sangat sedikit), buat backup saat genting
buat masa ni belum berapa genting lagi
sebab mujur duit raya yang aku dah tukar singgit-singgit tu
masih ada lagi bakinya
dengan berbekalkan duit singgit-singgit tu (yang aku tak tahu berapa jumlahnya, malas nak kira)
aku buat bayo tol hari-hari, aku buat makan kat kantin, buat topup minyak sikit2..
dan untuk sisa-sisa terakhir khidmat duit seringgit-seringgit tu...
aku raikan di stesen minyak
tak dan rasanya nak tunggu gaji esok,
memang mintak disua2 tangki kereta ni
berapa lama aku dok kira singgit... dua ringgit...tiga ringgit...sampai dua puluh ringgit....
begitulah lamanya cashier tu pun mengira seringgit...dua ringgit...tiga ringgit...sampai kompem dua puluh keping.
dari jauh pam tu aku berjalan ke kaunter pegang dengan cermatnya dua puluh keping seringgit...
yang sememangnya sangat bermakna pada ketika itu...
yang akan ditangisi sekiranya hilang tiba-tiba...
yang mana selepas ditolak, hanya berbaki cukup untuk menampung tol dan makan esoknya...
dan apa lagi kau nak dustakan?
janji Allah itu pasti...
semuanya akan cukup... syarat yakin
mr. monkey dan mrs. monkey kelihatan gula apabila dipandang. tidaklah terlalu berkasih sayang ala-ala romeo dan juliet mahupun majnun dan laila. tapi mungkin terlebih berat diambil persis sahabat kepada sahabat.
lama juga mr. monkey dan mrs. monkey berkasih sayang. tapi mungkin ditakdirkan hubungan mereka punya tarikh luput.
esoknya mr. monkey ke tempat kerja dengan satu kelainan dan kepelikan. lainnya mr. monkey apabila berbotak licin. peliknya mr. monkey apabila tidak kelihatan sedih.
kikikiki
mr. monkey dah puas bersedih di rumah. lalu ambil keputusan botakkan kepala sebagai simbolik penghijrahan? atau mindset mungkin?
cayalahh mr monkey!
bersedih tu perlu - harus. tapi lama-lama bersedih sampai life pun layu je..buat apa...kannn
*tapi kadang-kadang feeling blues tu pun okey gak. sentimental sangat..cool apa
>> naaaa tetiba teringat mr. monkey