Saturday, January 19, 2013

MIMPI PRAKTIKUM

 
 
malam tadi mimpi pergi praktikum kali pertama. dapat pula kelas terakhir, seingat aq nama kelas tu 4C. haha. tingtong je rasanya- lepas makan-kenyang-mengantuk-tidur....

dalam mimpi tu, aq masuk je, budak2 tu perangai masing2 kalah monkey. aq dah suruh duduk diam2 pun tak makan saman. bengang yang amat tersangat okey! aq buat apa?

aq mengamuk dan aq telah menterbalikkan dua buah meja budak tu. haha. budak2 tu pandang aq tak puas hati. ya! dan aq tahu aq tidak akan disukai lagi oleh budak2 itu. lepastu aq mengajar macam biasa.

siapa memang tak nak belajar boleh keluar. cikgu nak mengajar orang yang betul2 nak belajar je. keluar sekarang!

mintak simpanglah perangai ketidaksabaran dan angin sawan aq tidak menular sepanjang menempuhi praktikum yang akan datang dan semoga akan kekal cool sampai dah kerja. naklah juga jadi cikgu yang disukai huhu.

dalam mimpi tu aq dapat rumah sukan warna pink. haha. bangun je rasa tingtong.

aq pun turut tumpang rasa cuak bila senior tunggu nama mereka yang tak keluar2 untuk posting *aq cuak untuk senior-pun boleh lah~
dan rasa gembira juga untuk mereka yang sudah namanya keluar. walaupun mengajar sekolah cina dan tamil, takpe, satu pengalaman baharu walaupun macam dapat rasa suasana kerjanya kurenggg je nanti. hehe. tak pe, kadang2 semua andaian itu hanya perasaan je. 

oklah, rajin sangat ni, pagi2 subuh dah menaip.
kertas kerja lawatannya tak taip2 lagi.
thanks baca ^^         

Friday, January 18, 2013

AKU PILIH JALAN YANG SEPI

 
 
 
kadang-kadang bukan aku minta
ia lahir sendiri
kadang-kadang terasa lelah
menanti untuk rebah
tapi insan tersayang sentiasa ada
mengubat untuk kebah
aku teruskan juga
walau dalam merangkak yang payah
aku pilih jalan yang sepi ini
jalan sepi ini kadang-kadang
buat aku tak kenal diri
jalan sepi ini juga
kadang-kadang menemukan diri aku semula
walaupun kadang-kadang aku tak mengerti
apakah hukum ini  

hadiah daripada someone *member ah senang cerita (dah lama sangat hadiah ni, baru ni godek2 and mula untuk dikhidmatkan)

hadiah sempena hari kemerdekaan. menang tempat kedua. ppismp sem 1-rasanya. pun dah lama tersimpan, baru ni godek2, dakwat pun dah kering.  





terima kasih baca ^^

Monday, January 14, 2013

IMPROVE SKILL 'SEMBANG'

 
 
nak sembang depan orang ramai (present) bukan satu kerja yang mudah sebenarnya walaupun nampak sangat senang. senang sebab, kau cakap je lah, cakap pun susah ke? suka hati je kan senang~
 
sebenarnya agak susah sebab memerlukan kemahiran disamping ilmu. tak ada ilmu, ko sembang kat kedai kopi jelah. so untuk aq, memang kena banyak tingkatkan lagi kemahiran untuk bercakap di khalayak. baru je dapat komen yang membina dari rakan2 tersayang.
 
aq cakap kat depan orang kompem laju macam kereta api kerosakan brek. pulak tu kadang2 tak berapa jelas. ntah apa aq cakap pun orang boleh tak paham. sebab tu memang tak layak nak masuk pertandingan pidato ke apa kan huhu.
 
tu memang tak boleh nak elaklah bila kita hadapi perkara2 seperti darah gemuruh atau orang kampung sebut nervous. penonton boleh gelak kadang2 tengok aksi spontan kita disebabkan nervous. macam aq, nervous memang tak boleh duduk diam, kena berjalan sana sini nak hilangkan nervous, padahak seriusly itu spontan.
 
kemudian, tangan mesti nak dalam kocek. kalau time tu pakai seluar, selamatlah, kalau pakai kain memang menari-narilah tangan tu jawabnya. lagi satu tangan dalam kocek tu salah satu cara nak kurangkan nervous (cara aq lah ni). bila tangan dalam kocek, nampak cool sikitkan. kemudian, bila dah nervous time aq bercakap tu mesti rasa macam tak cukup udara je nak sedut.
 
seolah-olah boleh membuatkan kita tertanya, eh aq ada penyakit semput ke apa ni? lagi... yang pasti kalau dah nervous menyerang, tak semua maklumat yang aq nak sampaikan itu akan disampaikan dengan sempurna. kompem akan ada yang tertinggal. tu yang kadang2 boleh buat orang jadi tak paham dan salah paham. cakap laju dah satu hal, tak jelas pulak tu, terlupa pulak nak cakap apa. masalah sungguh!
 
haa jadi itulah dia penangan ataupun kesan2 nervous yang melanda diri aq bila nak kena present ataupun perlu bercakap depan orang ramai. ini yang merisaukan. macam mana kalau ini berterusan sehingga terbawa-bawa ke dalam bilik darjah. mahunya ternganga budak2 sekolah tu. huhu. 
 
akan aq usahakan untuk tingkatkan kemahiran bercakap ini. aq tau korang pun pernah rasa macam ini. orang yang selalu berpidato dalam pertandingan pun still gemuruh apatah lagi kita2 yang biasa2 ini huhu.
 
sorry korang dan terima kasih baca. byebye.
*cuba nak biasakan diri say sorry and thanks :)