Sunday, July 8, 2012

BERHUTANG DENGAN DBP



tahniah buat sahabat saya. nampak tak nama penuh dia kat atas tu. ini bukanlah kali pertama karya dia diterbitkan. hurm,,, rasa cemburu di situ. cemburu sebab dia semakin jauh meninggalkan orang malas macam saya. geram juga dengan diri sendiri. sebab tak bergerak-gerak untuk hasilkan karya.

nak kata malas tu bukan. tak tahulah. idea itu sudah bertimbun, masa senggang sudah berkumpul. tapi mana mood saya? arghh, itulah yang saya perlukan sebenarnya, bila mood ada, idea itu akan lahir secara tidak langsung. tapi mood saya,,,,ke mana awak pergi?

saya telah kehilangan buku azimat saya. buku nota berwarna hijau yang diberikan oleh DBP semasa menyertai MPR. semua kata-kata azimat, pesanan, tip-tip dan sebagainya oleh mentor-mentor, saya catatkan di dalamnya. saya gunakan pen merah. sangat sedih sebenarnya. tak pasti di mana tercicir. 

saya bukan hendak buat alasan kehilangan buku itu menyebabkan saya tidak menghasilkan karya. saya cuma nak minta tolong sesiapa ada ternampak buku itu, boleh beritahu saya? (^,^)v

saya rasa bersalah sangat sebab tak hasilkan karya seperti yang diharapkan DBP. bukan menghasilkan karya semata-mata tetapi pergi lebih jauh dengan karya-karya itu bawah asuhan MPR-DBP. saya tahu, jika bukan kami-kami ini siapa lagi yang akan mewarisi bidang ini di tanah air.

sudah banyak pelaburan ke atas kami oleh DBP. jadi,,,,ya! saya sedar diri sebenarnya, cuma perlukan sedikit masa lagi :)saya harap saya bukan dalam golongan orang yang terlambat.



Saturday, July 7, 2012

DEDIKASI


walaupun sudah beberapa hari berlalu, tiba-tiba saya mahu dedikasikan terima kasih banyak-banyak ini kepada semua sahabat-sahabat saya, Alhamdulillah. semoga kita semua dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki untuk lebih beribadat kepadaNya. 

hehe,,, walaupun sudah 21, masih lagi layak untuk menerima semua ni. terima kasih banyak sekali lagi. sayang mereka semua :)








inilah namanya tak de kerja :)

MAKAN MALAM?!


bila besok sabtu kemudian ahad, pura-pura macam tak ada kerja langsung. bila dah pura-pura tak ada kerja mulalah meroyan tak tentu hala. bila dah meroyan, mulalah asyik nak makan saja kerjanya. arghh! makan tu pula, memang tak cukup kalau satu jenis.

bila ada kerja merungut tak tentu pasal pula. bizi la konon-kononnya. aishh! buat kerja sampai larut malam, memang melaparkan, sebab otak digunakan. itu tidak mengapa- makan untuk alas perut, sambung kerja. 

bila fikir semula, baik sibukkan diri dengan kerja yang berlambak. bila otak asyik fikir nak siapkan kerja, makanan pun tiada dalam igauan. kan..... tapi sakit la otak nak kena lenjan untuk kerja dalam satu malam,,,huhuhu

nilai pj : tak payah la makan malam2 sangat,,,tak elok untuk kesihatan, nanti perut buncit. sunnah kan anjurkan makan malam itu sebelum maghrib,,kan? jangan biasakan~ nanti tak kacak/lawa hehehe :)

terbitan pengalaman peribadi - wekz (^,^)v