Online Diary MY FAKE IS ORI: April 2015

Tuesday, April 21, 2015

Siapa Nak Cium Perempuan?



hari ini jadual beku. maksudnya guru kelas di dalam kelas sepanjang masa. 

sedang serabut melayan linus di meja guru. semak beberapa murid lelaki ni.

dok potpetpotpet

tetiba datang sorang jerit

"siapa nak cium perempuan" 
heiii amirullllll!!!! apa cium-cium??? (tangan acah2 menghunus pedang ke mukanya)
apaaa??? mak saya!!!

-_-

okey 1-0

budak lipat aku





Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Projek Gala




banyak perkara yang kita nak lakukan

bergantung pada masa

tak semua berlaku ikut perancangan kita

ubatnya sabar dan istiqamah serta bersungguh

insyaAllah masa itu akan sampai



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Thursday, April 16, 2015

Tentang Dewasa


tak boleh sangkal kata-kata

'masa yang menentukan'

dulu masa begitu lambat sekali berjalan

sehingga kita benar-benar sudah faham erti

sampai tidak sabar menanti esok hari

kini masa begitu pantas meninggalkan

sehingga kita tidak mampu mengerti

apa-apa yang bukan pada waktunya

sampai kita terleka sehingga kita menyangka

kita sudah faham benar

hakikatnya kita tidak pernah mengerti 

dan mengatakan pula orang yang dewasa pada waktunya 

tidak pernah memahami hakikat dewasa pada masa kini



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Friday, April 10, 2015

Tips Bahagia



hukaloh...
sedangkan mulut orang kita tak boleh nak tutup
inikan pulak  hati orang (bersangka-sangka) kita nak shut down

senang je nak setel

kau buat je kerja kau kasi setel - jangan kacau kerja orang lain

kalau tak tau, jangan kerek bertanya menuntut ilmu

kalau dah tau, pura-pura je baru tau kalau ada orang tengah nak curahkan sesuatu pengetahuan itu... boleh tambah info kalau dia tertinggal yg mana2

kalau orang tanya - jawab

kalau orang tak tanya - diam

kalau orang tak faham or tak tahu keadaan kita tapi tak tanya - buat bodoh sampai dia malu sendiri

muka tu pastikan biar nampak blur kacuk innocent

hati tu pastikan kering sepanjang masa

senyum plastik

gosok gigi jangan lupa

asal je hati tu mula nak rasa sangsi kat orang - terus je ucap pi mampos - ucap dalam hati lagi afdal.. kalau kes berat, boleh lah diucapkan dengan nada yang perlahan tanpa niat

kalau 'orang' berkenaan terdengar - rezeki terpijak namanya

selamat mencuba

aku dah try. terbukti bahagia 

pehh





Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen