Online Diary MY FAKE IS ORI: March 2015

Monday, March 30, 2015

Istilah Cinta



Kau kata kau cinta
Kau kata kau sayang
Kini entah di mana
Tiada lagi kemesraan

Kau kata setia
Hanya aku saja
Tapi hilang ke mana
Tiada lagi keriangan

Ku tabahkan hati
Ku genggam azimat
Untuk ku balut luka semakin mendalam
Biarku hadapi walaupun tergugat
Akan ku benamkan biar jadi debu

Kini ku mengerti
Istilah sebenar
Di dalam bercinta
Tiada kepastian
Tiada penentuan
Akan kebahagiaan
Semua bercinta
Haruslah berkorban
Tiada batasan

-Ramli Sarip

***
cinta itu perasaan seseorang
bercinta itu termeterai perasaan dua orang

tiada salah pada yang cinta akan
tiada salah pada yang sedang bercinta

cinta akan... tetap disalut rasa suka dan duka
begitu juga pada yang bercinta - sama

pengakhiran kedua-duanya
mungkin bahagia
mungkin duka

ada syukur
pasrah 
reda

yang sama 
itu pengajaran cinta untuk kita
agar cinta seterusnya 
lebih bahagia

lalu, bedanya di mana?
cara cinta itu sendiri
yang mengundang bahagia
atau
menjemput duka bertandang


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tebus Maruah



seorang murid lelaki, tahun 3, berbadan 'sasa' ....



cikgu, kenapa nurse datang lagi? (excited tanya)
cabut gigilah!
ohh... saya ingat kena cucuk.
kenapa? kamu takut kena cucuk ke?
taklah.
habis tu? kamu tak pernah kena cucuk lagi ke?
pernah...
habis tu?
masa saya darjah satu, saya nangis2 masa nak kena cucuk. ingatkan sakit, rupanya tak sakit langsung.
ohhh...




Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday, March 23, 2015

Kau Fikir Aku Siapa



cikgu, Tan dah pindah.
dah pindah? kenapa pindah?
sebab cikgu suka marah dia (muka sengeh)
(sedar akan permainan) asal kamu tak pindah sekali?
Tan kaya tak ape lah..
mana kamu tau dia kaya?
dia ada mercedes..ada vellfire..saya ada sonata blablabla je..
ohhh...
dia ada rumah besar.. saya duduk semi D..
tu rumah kamu sendiri?
tak lah..sewa..
berapa sebulan?
around 4-5 ribu..
ha? (gaji aku pun tak mampu nak bayar sewa)
cikgu, biasalah tu... (menyampuk pulak budak lain)

***


budak-budak...cakapnya jujur...
dah memang budak-budak...
jujur dalam menunjuk...
datang sekolah jap lagi nak nunjuk beg baru dekat kawan..
kang tunjuk pensel warna baru...
lepastu tunjuk pulak blablabla...

tapi persaingan mereka persaingan sihat...
nak lagi menang... usaha kena lebih..
tak ada main tipu..
dengki cemburu pun tak ada sampai curi, buang, jahanamkan hak orang...
lagi dia lebih jaga ada..kalau orang lain yang tak rapat duk usik2 barang kawan dia yang hat maju sangat tu...

jujur budak2 selain nak menunjuk...sebab nak membela..
membela diri semestinya! 
tapi hat nak bela orang lain ni lagi tinggi..
biasanya memang sudu dari kuah yang hat tukang bela ni..
tulah budak2...

depa nak menunjuk ke nak apa ke...
entah kenapa...
kita yang dewasa tak pernah nak rasa annoying
mungkin sebab mereka budak2? yang punya hati masih bersih?...






Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen