Online Diary MY FAKE IS ORI: November 2013

Saturday, November 30, 2013

Pengijazahan Silat

Pantai Blok ku temui
Atas sebuah janji
Telahpun ku tunaikan
Kini langsai bersama rasa

Kenangan digamit
Menggebang pada malam 
Atas tunggul yang sunyi
Diteman kawan itu

Salam angin sangat mesra
Di atas ribaan batu yang sangat selesa
Terasa dipeluk bayu saat itu
Alangkah bahagia

Kalau itu rasa untuk selamanya

*Pengijazahan untuk lulus Ujian Sijil Rendah PSSCM yang diadakan di UIA Kuantan, dan bermalam (berkhemah) di Pantai Balok.


Main baling selipar - sangat menggamit bila terkenang zaman kanak2, main sampai tak ingat

Keindahan Pantai Balok. Tak berapa ramai orang, dan sangat 'privacy'. Keadaan yang surut airnya waktu siang, menampakkan lagi keluasan pantai yang rasa macam nak 'menjerit'.

Dan permainan teng-teng atau ting-ting :P. Mengasyikkan bila zaman dulu dibawa ke sekarang. Tapi main di pasir pantai, sangat mudah untuk menang dan pemain lawan akan bosan untuk tunggu giliran. Hehe.


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Thursday, November 28, 2013

Buku: Versus - Hlovate

Ini kali pertama aku membeli dan melayan novel karya Hlovate.
Itupun gara-gara terbaca blog seorang ni, yang mahu kumpulkan koleksi Hlovate.
Sebelum-sebelum ni pun ada juga member sekolah yang gila2 Hlovate.
Tapi masa tu, mindset macm ni - novel - klise - stereotype.
Agak tertanya-tanya juga lah, apa yang bestnya novel dia?

Dan aku cuba beli satu dulu.
Dan dalam kedai buku tu, berbaris novel-novel karya Hlovate.
Pulak dah. Mana satu aku nak cekau dulu?
Semua? Kopak.

Diam - Tenung - Fikir - Pilih.
Aku pilih Versus.
Sebab? Sebab cover bukunya - orang tengah main skate.
So nampak macam walawehhh.

Dan hasilnya?
Sangat memberangsangkan.
Thumbsup untuk writer.
Dan ini membuatkan aku nak beli lagi dan kumpul koleksi Hlovate.
Ini serius.

Bahasa yang digunakan sangat mudah dan selesa untuk aku baca setiap perkataan.
Cerita yang disampaikan sangat dekat dengan norm life kita.
Isi yang disampaikan sangat luar biasa apabila bagi aku penulis berjaya sesuaikan isi yang agak berat sedikit dalam penampilan yang cukup mudah untuk kita faham dan dalam cerita yang cukup dekat dengan life kita.

Menceritakan tentang seseorang - 2 3 orang yang cuba untuk mengubah diri masing-masing ke arah yang baik. Untuk membuat perubahan - itu dinamakan versus.

Sangat sakit dan pedih untuk dikorbankan dan dikejarkan - versus.

Cakap tentang 'baik'.

Apakah 'baik' pada pendapat anda?

*Mungkin aku sedikit lewat atau ketinggalan tentang Hlovate ini. So what? 
Aku percaya kat luar sana masih ada juga sama macam aku.

sumber imej: Google


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Friday, November 22, 2013

Ahmad Ammar Dalam Kenangan



kembali semula ke bumi ipoh
atas urusan yang telah terjanji

sebaik sahaja membuka laman
terbentang lagi kisah seorang syahid
Ahmad Ammar

kali ini begitu teruja aku telusuri kisahnya
berbekalkan video tentang arwah

Allah

sangat terkesan dalam jiwa aku
getar itu aku sahaja yang rasa
semangatnya itu

nah 
aku salin semula
syair Imam Syafie

"dan tiadalah duduk setempat bagi orang yang cerdik 
dan beradab itu dianggap sebagai rehat
(tinggalkanlah tanah air dan mengembaralah)

berkelanalah, engkau akan dapat pengganti orang yang kamu tinggalkan
(berusahalah, kerana keindahan hidup itu ada pada berpenat-penatan)

aku melihat air yang tenang bertakung, mencemar kandungannya sendiri
(sekiranya ialah mengalir, ia akan baik, sekiranya ia tidak mengalir, tercemar)"

nah 
untuk kamu
jika belum berkesempatan

Ahmad Ammar dalam kenangan  & Perbualan terakhir arwah


ya, jika ditanya
aku juga mahu seperti dia
dengan izin...

*fuhh 
letih berblogwalking dalam kantuk
aku sambung kemudian ya




Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sunday, November 17, 2013

Ada Perkhidmatan Basuh Blog?



Pernah tak rasa macam diri ni bangang?
Okey itu kasar
Pernah tak rasa diri tu macam entah apa2?
*okey ke

Selalu - itu melampau
Kadang-kadang - itu normal
Tak pernah - itu bajet bagus

Pernah tak rasa diri tu baik tak payah hidup?
Amboi! Itu nak makan penampar namanya
*okey2
Pernah tak rasa diri tu macam tak ada pegangan atau prinsip atau apa2 sahaja

Selalu - memang kena selalu ditarbiah ni
Kadang-kadang - itu okey, dalam proses mencari
Tak pernah - bagus!

*****

Alkisahnya...
Bila menung lama2 blog ni
Rasa sayang ada
Rasa menyampah pun ada

Nak blog cantik
Tapi tak reti nak cantikkan
Bila kawan dah cantikkan
Suka2 hati pulak burukkan

Nak buat macam mana
Dah memang pe'el dari dulu
Suka nak mencuba perisa lain
Sudahnya sampai sekarang tetap tak cool

Dan rasa tak puas hati dengan blog sendiri
Dan
Rasa bangang

*macam tak hargai usaha kawan kan....





Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Saturday, November 16, 2013

Belajar Daripada Adik



Alhamdulillah
Adik aku dapat keputusan yang agak tidak mengecewakan
Yang mana aku tidak pernah menjangka dia mampu buat

Sekolah kebangsaan dia dapat 4A 1B
Sekolah agama dia dapat 6A 1B
Yang B ialah Sains dan Bahasa Arab

Ajaibnya
Bahasa Inggeris dia tak pernah dapat A
Bahasa Arab dia selalu dapat A

Semua ada hikmah
Semua tentang keyakinan dan kesungguhan
Gembira sungguh dia menelefon dan meminta sesuatu untuk dibawa pulang

Duit poket sekadar cukup membeli tiket pulang
Sebelum pulang murah rezeki aku
Sahabat memberikan bungkusan jajan dan gula2 lebihan untuk muridnya

Katanya ini terlalu banyak untuk dia habiskan
Baik diberikan pada adik2 ku
Senyum bahagia

Di rumah sebungkus aku berikan pada adik2 yang kecil
Sebungkus lagi aku beri pada adik UPSR
"Nah hadiah" 

Dalam hati aku menduga kata2nya begini
"Alaaa gula2 je?"
"Hekelleh ni je ke?"

Tapi aku silap

Mukanya penuh berbangga dapat hadiah
Senyum
Dan penuh semangat

Sampai adik2 lain cemburu
Kenapa yang lain kena kongsi 
Tapi dia seorang dapat satu - khas

Sampai bergaduh2
Berebutkan jajan
Ya Allah

Terima kasih pada ayah
Yang mengajar kami
Erti bersyukur



tahniah!


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Thursday, November 14, 2013

Yesss!!! Tamat Sudah Sem 6



Alhamdulillah
Selesai tanggungjawab untuk sem ini
Dengan berakhir paper terakhir tadi

Paper yang cukup membunuh
Dengan cubaan maut
Study di akhir waktu

Soalan yang mencapah
Menguji tahap ingatan
Sejarah - tarikh, tokoh, tempat blablabla

Menggilakan
Harap tak perlu mengulang
Kalau tak?

Tak aman aku sem depan


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday, November 4, 2013

Nafas Baru




Hai.
Diberi nafas baharu lagi? Ya.
Kenapa? Entah. Sentiasa rasa ada sahaja yang tidak kena.
Mahu sahaja padamkan semua sejarah yang sudah tercoret.
Jangan. Kenapa?
Itu sejarah. Mana boleh dipadam?
Kenapa? Sebab kau tak akan ingatnya lagi.
Tapi aku masih.
Ya. Tapi bukan semua.
Kau tak akan belajar daripada silap. Kalau kau tetap padam.
Baiklah. Aku tak padam untuk aku.
Tapi aku padam untuk mereka.
Sejarah yang perlu aku hadam sendiri dan sejarah untuk mereka yang sudi.
Berkongsi.
Jadi ini nafas baharu.
Mungkin akan ada lagi pembaharuan?
Mungkin ya mungkin tidak.
Aku lalang?
Terpulang.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen