Online Diary MY FAKE IS ORI: August 2013

Saturday, August 24, 2013

SEKOLAH HARI SABTU! YEAYYY!

 
 

Esok sekolah ganti! aku dah landing-landing hari ni, sebab esok Sabtu! walaupun plan teaching dah siap untuk esok, tapi tak tau kenapa semakin jemu pulak aku nak ngadap budak-budak tu esok.
 
Encik pensyarah oi. silalah datang habiskan observe cepat. selagi tak habis, selagi tu lah aku rasa terbebannya tugas cikgu praktikummmm...rasa macam akulah cikgu paling skema bila mengajar. jeles nengok cikgu2 senior ni buat rph pendek je. ngajar pun tak payah nak ikut step bagai. tak payah nak kejar masa.
 
dengan esaimen pun tak siap2 lagi. salah! tak mula2 pun lagi! tarikh semua dah luput dah...manalah aku tak lemassss. lemas dan rimas. sekarang ni aim aku, nak siapkan rph untuk seminggu punya. sebab exam untuk silat tinggal lagi seminggu je nak kasi build balik fitness ni. hope aim aku ni tercapai kali ni. 
 
tolonglah diri! kali ni je.
 
ok bye, sangat tak de feel untuk ke sekolah. nak demam rasanya!!!

*kawan-kawan espiranzaku semua. korang nak gathering raya2 ya? 
jeles! 
have fun yee korang
 

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday, August 14, 2013

RAYA DAH HABIS LA WEH II



ok2 sambung sini pulak. ceritanya... selama beberapa hari aku tido rumah atok aku ni aka kat kampung ler, entah macam mana ada infiniti salah parking agaknya. aku bangun tidur, aku dah rasa pedih2, lagi rasa bertambah pedih, macam rasa pijar tu, selepas aku bedandan - dah pakai cream siang bubuh bedak, dah lawa2...

besoknya terus nampak dah. sebelah muka aku dah macam nak kata kene asid macam over pulak. senang cerita macam melecur lah. dari tepi mata meleret sampai ke bawah dagu belah kanan. area mulut pun kena. aduii. kite tak comey dahhhh. erkk

tak tau lah pasai pa. kata atuk aku, kena kencing lipas. hang duk tidur terbalik sana terbalik sini, time tu dia dok lalu, hang pi himpit dia, memang terkencinglah dia. pulak dah atok aku punya cerita. tak lama pastuh, pipi aku ni dah macam jadi sarang bertelur dia pulak. dah mula menggelebung kecik2, macam bernanah pun ada jugak. 

sekolah tak lama lagi! cam na aku nak pi sekolah ni. sebelum ni budak dok cium2 pipi aku, habis lah dah takde peminat kecik nak peluk cium dah. hukhuk. muka kot- aset tuuu. lainlah muka aku ni memang natural beuty. tak payah nak cuci muka letak cream bagai dah memang nampak beuty. tapi ni kalau tak cuci muka je pun dah kalah muka hantu minyak tu. 

nak tak nak, nak jaga muka punya pasai, kenalah cuci muka jugak. sebelah pun sebelah je laa, asalkan terjaga... start kena kencing dek lipas tu, memang raya aku dah over. the end. memang tak keluar rumah. bertambah the end raya aku bila mengenangkan banyak kerja yang tertangguh. kalau balik ipoh hari ahad memang bertampah parah lah muka aku - sebab bertambah stress.

aku ni nak balik ipoh, kalau boleh tak nak nyusahkan orang. kalau boleh nak je naik bus. tapi kang naik bus, sama jugak kena nyusahkan orang ambik aku. ni kes nak jimat semuanya. nak naik ngan sorang ni, dia balik sabtu. waima balik sabtu pun, tu dah kira burn lah tu, nak ngemas2 lagi, memang tak terbuat kerja.

nak balik dengan sorang ni, nyusahkan dia jugak. kena amik aku kat ktm. kalau nak mudahkan dia kena naik bus, tapi memang aku cuak lagi kalau naik bus nak ke rumah dia sebab tak biasa lagi sorang2 naik bus. plus aku konpius mana nak berhentinya. hurmmm...

tangan aku ni pulak pehal... dah macam tangan budak kecik yang kalau diorang suka main tanah main entah apa2 pastuh malas nak basuh tangan, pastuh kenalah yang gatal2 tu. tapi aku tak de pulak main benda2 kotor ni. aduiii. masaelah dapat kulit sensitif ni.

ok laa uolls. doakan aku mduah menjalani kehiduan seharian.

atok aku pulak pernah berkata 'atok tak mintak duit, atok mintak doakan atok supaya bersabar lagi...' hehe. bersabar melayan kerenah menantu yang pelbagai. sian atok aku.

korang pun berdoalah aku bersabar menjalani kehidupan seharian aku, erk.

byebye

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

RAYA DAH HABIS LA WEH



hai semua. masih bergembira beraya kan? sekarang dah raya entah ke berapa memang turn beraya bersama kengkawan kan. buat masa ni, aku susah sikit nak beraya konvoi sekali dengan kengkawan sekolah dulu.

pertama ofcos la sebab berlainan jadual. contohnya, baru tadi zati, member sekolah mngah call, nak ajak aku sekali gi beraya dengan mas. masalahnya dia ajak hari ahad. aku dah selamat pun kat ipoh. memang tak boleh dah nak adjust timing tu. so memang dah tersurat lah tak de rezeki aku nak berjimba raya dengan geng budak sekolah.

secondly, sebab pengangkutan dan jalan. hehe. benda memang boleh adjust bab2 pengangkutan ni, orang tak de pengangkutan macam aku ni, alamatnye memang kena tunggu member yang ada kaki roger2 lah jawabnya. memang kena nyusahkan orang lah jawabnya, dok numpang2. haha. lagi satu hal, kalau ada pun, kalau ada pengangkutan lah kan, jalan pulak tak tauuuu.

kalau memang dah dilahirkan jenis orang yang drive2 sesat boleh jumpa dalam masa yang singkat, tak pelah, kalau dah sesat sampai berejam baru jumpa, memang satu hari satu rumah je la weiii boleh pergi. cukup2 lah aku pernah buat kat member. 

ceritanya time raya jugak lah. excited sangat nak jemput diorang datang ke rumah aku. masalahnya aku jalan rumah sendiri pun konpius. aku memang tak boleh in lah jalan2 kat KL ni. berbelit2. nak jadi cerita, memang macam harammm banyak kali pusing tempat yang sama, sampai nak habis kredit aku call bapak aku tanya jalan. dari siang lepas asar smpai ke maghrib baru jumpa rumah aku.

kompem lah mood masing2 pun dah tak best. lagi tak best mood si zati lah sebab dia yang drive. hehe. lepas tuh sumpah aku tak nak jemput sesiapa dah datang rumah aku. melainkan kalau ada orang nak datang jugak, aku suruh cari jalan sendiri. jangan nak tanya2 aku jalan ke rumah bagai. tu ceritanya....

so aku sangat2 jeles tengok budak2 sekolah dok berkonvoi raya....aduiii nak join gak.. tapi tak pe, aku peram je dulu perasaan ni, tahun depan aku dah habis study, insyaAllah pengangkutan pun dah ada, rumah aku pun nanti dah pindah, so aku nak study bab jalan2 di jalan raya dan disamping itu aku nak kumpul semua alamat kengkawan. cewahhh, azam raya sangat!!!

aku pindah hujung tahun ni, rumah dekat area the mines. cewah, dah bagitau awal2. bukan apa... kalau dah duduk sini, ada orang nak datang, senang aku nak bagi direction. ko carilah the mines tu, lepas tuh stret....... haa senang. ni nak gi rumah kat kl ni aku pun tak gheti. phuiii.

*panjang lah pulak. cerita sebenarnya nak tulis benda lain.... sambung2

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Friday, August 9, 2013

RAYA YANG COOL GILA


hai semua. seronok nampak beraya? sampai tak larat aku nak tengok gambar2 raya korang kat fb dan instagram. huhu. aku? aku.... aku..... waaaaa aku biasa je...

orang sibuk berdandan lawa2, bermaaf-maafan, bermakan rendang-rendangan.... aku dan yang lain sibuk bertungkus lumus comot2 untuk kenduri. uhhuk uhhuk. sedih sikit jeeee. 
pagi2 subuh bapak aku paling awal bangun, mandi solat, takbir... kemudian macam biasa, anak2 dia mesti kena mandi dulu dari orang lain, karang beratur pulak semua sebok nak mandi. lepas mandi siap2 dah pakai jubah.

tema tahun ni jubah in black huhu. habis mekap2 lawa2, tunggu masa je nak bersalaman, nak amek2 gambar,,,hampeh je. sedang tak sabar menunggu yang lain, aku jadi pelik, apsal lah yg lain2 macam tak nak raya je? ke family aku je yg semangat? hoho.

yang emak2 kat dapur lagi, yg ayah2 dah nak dekat solat raya baru nak gerak2. lepastuh, lama pulak nak tunggu diorang ni balik dari solat raya. akhirnya, pukul 11, baru balik, sudahnya aku taulah tuuuu.. dengan tak cukup kaki tangan kat dapur,,,

aku bukak langkah bersilat, singkap jubah lilit macam aci, cedok2 lauk pauk, dengan talam 3 je, kelam kelibut je nak hidang kat orang. dah tu pulak, pinggan tak cukup. bersilat lagi dengan air kat sinki dengan adik aku. fuh fuh fuh. memang mandi peluh percuma je di pagi raya. almaklumlah, di kampung kan, panasnya cepat terasa. hikhok.

dah tu pulak, alang2 dah comot, biar comot habis. rasa macam kelakar je, aku, adik aku, dengan abang aku, sekali tiga bertenggek kat sinki nak setelkan pinggan mangkuk. sampai kena diarahkan berhenti baru nak berhenti. huhu. berhenti sebab suruh makan. letih weh sampai tengok nasi lauk udang galah tu pun tak lalu je nak makan.

pastuh petang tu dah kelam kelibut je pack2 nak balik kl dah. nasib cuaca sejuk, kalau cuaca panassss.... lagi haru biru aku adik beradik dalam van tu. haha. nak cerita... semua family balik kampung dah berkereta 2. family aku je main sumbat2 lagi. itupun nasib abang aku ngan adik aku sorang naik moto.

kalau tak, maunya jadi isu, pengsan dalam van kurang oksigen dan ruang. hikhik. dan sedang aku menaip ni, bru sampai kl, besok dah nak gerak semula ke sg besar. letih arr... walaupun tak drive, duduk saje pun letih tau. kalau duduk dalam alphat tak lah letih sangat kot. hikhok.

aku tak kira! aku nak semua (kitorang lah) pakai balik jubah2 tu semua kat sg besar. ambik gambar family. nak salam minta maaf pun tak dan. aiyooo. teringat mokde aku merungut kat dapur "heyy tak nikmat raya tahun ni"... huhu yelahhh, betul lah tu, orang nak beraya pagi2.

dia pagi2 dah bizi layan periuk belanga. huhu. ok lah uolls, selamat berbahagia beraya di samping yang tersayang. aku happy sebab berada di samping family je.

*sejak bila family aku dah pandai bertema2 ni? selalu caca marba je. oh lupa, sejak tahun lepas rupanya :D

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday, August 6, 2013

KALUT RAYA KAUUU


hye semua...
 
mesti korang dah sakan bershoping kan. samalah kita, tapi aku taklah sakan manapun. sekadar nak baju kurung baru sebab nak buat tukar ganti pergi sekolah je, kasut pulak baru sebab memang tak de kasut jenjalan je, takkan aku nak pakai sneakers pulak kan dengan baju kurung pergi beraya. (sliper pun aku tak de tau, balik rumah ni pun pinjam sliper member)

yang lain takde, nak kate tudung, alhamdulillah aku tak meroyan lagi nak bazir 3 4 puluh hengget untuk satu tudung. setakat ni cuma gila dekat kangaroo je yang 5 hengget selai. aku gila sebab aku geram dengan warna dia je. so memang aku rembat bnyak2, tapi tak sampai 10 lah sekali rembat. tu pun rembat kalau harga 5 hengget. kalau up 5 hengget, memang tak ada hati nak beli.

lagi? lagi tak de dah, aku jalani hidup2 seharian macam biasa. dah tak segah dulu2. huhu. raya tahun ni raya kat pahang, kampung belah ayah. setelah lebih kurang 10 tahun tak beraya di sana, balik juga ke tempat asal usulnya (ayah aku lah tu). itu pun sebab ada pakcik aku yang usaha nak kumpul sanak sedara, maka dianjurkan satu kenduri (kenduri apa tak ingat) di pagi raya tu, jadinya semua wajiblah balik.

huhu. teringin jugak nak rasa kemeriahan beraya di pahang macam dulu2, macam masa aku umur 9 tahun kalau tak silap. best gilerrrr. lemang dodol rendang ketpat segala mak nenek diraikan dan dikacau sehari sebelum raya. so hope tahun ni macam tu jugak. kalau tak jadi macam tu jugak, tak kisah pun... dulu2 umur tengah kecik, tengah tak malu main dengan siapa2, skrang semua dah besar, semua dah malu2 kucing. erghh.

raya kedua baru shoot balik sg besar, selangor. tahun ni ayah aku penat sikit lah. sebabnya, ni pun aku tengah menaip ni, baru je sampai kl dari sg besar. kiranya perjalanan kami ni...

kl > sg besar > kl > pahang > kl > sg besar

haa gituu.. nak shoot terus dari pahang ke sg besar tu memang tak larat lah.. kalau aku boleh drive van bapak aku tu memang tak de hal rasanya.. tadi pun nak balik kl, bapak aku suruh drive van. aku boleh je, tapi takut tak sampai rumah je kang.

ok la u olls. so selamat meneruskan puasa, ade lagi sehari. jangan suka sangat beraya. bersedihlah sikit sebab ramadan dah nak pergi. aku pun tak de feel sangat nak raya, sebab puasa ramadan ni aku rasa tak puas, rasa tak cukup je ibadatnya. so selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin. maaf ye... sepanjang korang baca tulisan aku kot2 ade terasa or what so eva.

bye...

*teringin nak tengok kalut raya haha

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen