Online Diary MY FAKE IS ORI: June 2013

Tuesday, June 18, 2013

DUA DUNIA YANG BERBEZA

 
 
Sekarang aku sedang rasa down down down gila!
Sebab sekarang aku sedang berjinak-jinak dengan dua dunia yang  berbeza.

Dunia perniagaan jualan langsung dan dunia penulisan.

Dunia perniagaan yang memerlukan aku berjumpa dan berconect dengan orang sekeliling dan orang ramai.

Dunia penulisan yang memerlukan masa untuk diri aku sendiri, memerlukan aku menyepi sementara untuk menghasilkan sebuah ‘tulisan’.

Tapi…
Dalam dunia yang berbeza ini dapat aku rasakan aura aku sendiri yang berbeza.
Aku rasa aura untuk aku tarik perhatian orang adalah kurang, berbanding aura aku semasa bersendirian dan bermain dengan bayang2 serta kata-kata.

Kedua-duanya punya kepentingan yang tersendiri.
Dan aku rasa down dan stress sebab kenapa aku tak rasa begini sangat dalam dunia penulisan tu?

Dalam bisnes ni, aku rasa seperti semput2, rasa macam tercabar bila tengok2 member2 lain sikit2 mula mengorak langkah, tapi aku masih enjoy dengan learning and no action.
Dalam dunia penulisan pula, aku pun tak tahu kenapa aku tak rasa macam tu?

Dan sekarang bila rasa nak give up bisnes, aku rasa nak mula menaip sebuah cerita tetapi disebabkan aku tengah stress, aku tak dapat nak taip apa2 melainkan aku taip apa yang aku rasa sekarang.

Tapi bisnes bukan ajar untuk jadi seorang yang putus asa. Bisnes ajar untuk jadi seorang yang lekas bangkit. And im trying but I need time.

Bila pikir balik, tinggal lagi setahun setengah nak habis belajar, so aku rasa nak enjoy puas2 belajar dululah. Yang dua dunia ni pulak, aku akan sentiasa follow up but after that barulah aku akan pecut!!!! insyaAllah

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Friday, June 14, 2013

REALLY TIRED

 
 
Hello.
Hari ni masih lagi membantu ayahanda membuat kerjanya. Ronda-ronda KL tampal notis. Penat sangat walaupun sekadar membonceng.

Ingatkan KL ni kecik je, rupanya nak tunggu sampai ke destinasi tu pun dah ngantuk aku. Kat traffic light pun aku tertidur. Lantak pi lah kalau orang nampak.

Dah ngantuk tidur lah kan. Tapi sekali tidur punya tidur, aku tersengguk ke tepi, sampai senget sikit motor bapak aku. Haha. Siapa yang pernah tahan ngantuk and tersengguk-sengguk dalam kelas tahulah mcam mana keadaannya.

Macam buat whele je kepala tu. Apa2 pun aku terus segar. Sampai rumah nak dekat maghrib, afterthat terus tertidur smpai detik 12 malam baru bangun and mandi. Dan sampai sekarang masih segar, menghabiskan sisa-sisa kerja anak-beranak.

Why anak-beranak? Asal aku balik je… dari sang ayah hingga sang adik2 ade je koje mintak ditolong. Huhu. Nasib baik mak tak pulun jugak. Kalau mak pun cakap ‘Angah, sepanjang kau cuti ni, mak tak nak buat apa2, mak nak duduk lenggang kangkung je’ – hahaha mampu gelak je.

Bukan tak boleh buat semua tu, tapi niat asal cuti ni memang nak rehat kahkah. Too bad huh? Kuikui

Hello aku buat okey.

Orait. Till the end. Bye.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday, June 12, 2013

MEWAH TAPI BERHUTANG

 
 
Hari ni ikut ayah pergi tampal notis tunggakan cukai pintu. Walaupun penat tapi aku dapat belajar banyak benda.

First, hidup ni kalau kau kaya tapi tak reti nak bayar cukai maknanya kau belum cukup kaya. So jangan nak berlagak sangat pakai kereta mewah, duduk di kondo mewah, sewa sebulan lebih 2 3 ribu boleh bayar, cukai setakat ratus sepenggal pun liat nak bayar. Apa daaaa.

Dah tu tertunggak pulak sampai beribu, mean dah bertahun tak bayar. Ini bukan kali pertama aku follow bapak aku tampal notis ni. Ada setengah tempat tu, memang gila. Kita wakil kerajaan datang atas urusan penting, dia tak kasi naik seyyy. Dah tu pulak lama betul nak tunggu prosesnya.

Actually aku dan siapa2 pun tak kisah kalau hang nak kaya ke, nak duduk mana ke, tapi kalau dah melibatkan attitude yang tak best, siapalah yang sudi nak hormat huhu. Aku tak de lah kena pun, sebab aku tukang snap gambar je sebagai bukti. Ayah aku yang menguruskan. Mana yang okey tu, okeylah. Mana yang tak okey tu yang semua kena dengan aku haha.

Ade pernah sekali, ayah aku cerita, dia park motor dia seberang jalan. Sekali cina tu suruh ayah aku park jauh-jauh. Masalahnya bukan park depan rumah dia kot, tak kacau tanah dia langsung. Macam2... But still, so many complaint.

Sajalah sembang dengan pengawal kondo2 yang aku pergi ni, mostly Nepal and Myanmar yang jadi guard ni. Ada yang kata banyak sombong ini orang. Kadang2 sapa beramah mesra tak dilayan. Tadi aku pergi satu kondo ni memang mewah gila, perghhh. Tapi orang yang keja kat office tu cakap, banyak susah wooo, banyak complaint.

Aku pun tak faham. Duduk dah mewah, siap ada guard, swimming pool, segala mak nenek kemudahan, lif satu tingkat satu, tempat rehat, pancut air blablablabla…. But still nak complaint? Kalau aku dapat duduk situ, memang tak keluar rumah weyy. 

Aku tak marah pun, aku just buat kesimpulan berdasarkan pembelajaran yang aku dapat hari ni. Sekarang ni hidup, kalau you hidup betul2 nak rasakan kehidupan maka hiduplah sungguh2 supaya dapat jadi seperti mereka2 ini.

Kalau you hidup sekadar cukup syarat nak hidup je, up to you. Tapi kalau dah jadi macam mereka2 ni plus you hidup untuk akhirat juga gua solute lu plus kalau you ni bangsa melayu. Susah woo nak jumpa owner melayu or penyewa melayu dekat kondo2 mewah tu. Kondo mewah tau, bukan kondo biasa2. Harga boleh cecah juta tuuu.

Apapun, aku memang ternganga bila tengok design2 rumah di area ‘org2 kaya’ ni. Aku suka gila! Design idaman aku pun ada. Sedikit sebanyak (memang banyak) aku dah berangan atas motor sepanjang perjalanan tadi. Berangan nak beli tanah, nak design rumah sendiri. Waaaaaaa…..

Penat tapi berbaloi. Semacam dapat satu booster.

Ok bye.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen