Online Diary MY FAKE IS ORI: October 2012

Wednesday, October 31, 2012

INGAT MATI

ah! tersentap saya. sudah dua kali. kali pertama Oyak. kali ni Aizat pula. mereka telah pergi meninggalkan kita. Oyak senior, Aizat pula rakan, pernah sekelas. walaupun tak pernah bersembang dengan Oyak dan jarang-jarang bercakap dengan Aizat, tapi pemergian mereka memang terasa di hati ini.

tersentap sebab beberapa hari sebelum mendapat perkhabaran pemergian mereka, ada la juga bertegur sapa di FB. tak sangka itu kali terakhir. bezanya, Oyak kemalangan di Jordan yang mendapat liputan di akhbar dan berita. Aizat pula terkena virus tikus semasa bermandi manda di sungai bersama keluarga. ternampak postnya di FB mengatakan terasa lesu selepas bermandi-manda.

ya. mungkin inilah peringatan untuk saya mengingat mati. banyakkan ibadah. mengejar redaNya. Allah... harap anda pun begitu. memberi kesan di dalam hati ini apabila mengikuti perkembangan arwah Oyak yang diterbangkan dari Jordan untuk dikebumikan di Semenyih. dikatakan jenazah arwah berbau harum, mukanya kelihatan tenang. dikatakan arwah tidak akan ketinggalan untuk solat berjemaah setiap waktu.

Al-Fatihah buat kedua-dua arwah.


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday, October 30, 2012

ULAS BUKU: KELABU

buku dari penerbitan FIXI yang pertama saya beli- KELABU. sememangnya penerbitan FIXI membawakan satu konsep yang moden di mana telah menetapkan karya-karya di bawah penerbitannya perlu bertemakan urban & kontemporari. bahasa slanga dan celupar digalakkan tapi tidak dimestikan. wow! memang menepati cita rasa muda mudi kala ini di luar sana.

KELABU hasil garapan Nadia Khan mengisahkan kisah seorang 'pengkid'. kalau zaman mak ayah saya masa dulu panggil tomboy. ngaa. buku ni memang tebal. masa di kedai, banyak sangat pilihan (rasa nak beli semua- gulung tikar saya!). bekalan duit cukup-cukup sahaja, untuk beli sebuah, jadi untuk kali pertama biarlah beli paling tebal ngaaa.

gaya penulisan memang mudah untuk difahami. jalan cerita juga senang difahami. ditambah dengan bahasa slanga, bahasa pasar seperti kita cakap ni, memang menarik. penulis banyak juga menggunakan bahasa inggeris. mungkin untuk menunjukkan latar masa yang moden dan masyarakatnya yang berpendidikan tinggi. siapa yang nak betul-betul faham setiap bait bahasa inggeris tu, kena siap sedia kamus di sebelah- untuk yang tak teror english macam saya lah.

tapi saya malas nak rujuk kamus-kamus bagai ni-so asal faham sikit sudahlah~. saya respek penulis yang pandai menyembunyikan siapa amir yang sebenar. setelah membaca separuh novel ni baru saya tersedar. amir ialah amira! terbahak-bahak saya. sebab rasa ditipu pula oleh watak itu sendiri. tak tipu ni! so tahniah buat penulis. oh ye! lagi satu, penulis memang tidak menggunakan watak yang banyak. so kalau baca novel ni, situ-situ jugalah mainannya. 

keseluruhan, ok lah novel ni. adakah seorang pengkid itu selamanya pengkid? padahal pengkid juga manusia yang dianugerahi fitrah untuk mencintai, berkasih sayang, berkeluarga dan ya, seperti manusia lain. nak tahu? cubalah baca. 

*ya, saya memang tidak pandai mengulas buku pun. apa-apa pun saya bukan nak mengomen, nak ulas sikit-sikit je. mana yang saya tahu. sekian.

*sangat suka muka depan novel FIXI ni. 



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

JANGAN BIAR ADA PENGHALANG- JANGAN BIAR TERHENTI

anda? anda siapa ditentukan oleh anda sendiri. anda mahu jadi apa? anda mahu buat apa? just do it. tak perlu menunggu sesiapa. kadang-kadang memang lelah bila terpaksa menunggu teman untuk maju ke hadapan.

bukan suruh pentingkan diri. memang maju ke hadapan bersama-sama merupakan detik paling indah. susah senang bersama. tapi ini bergantung pada situasi.

anda ada sesuatu yang dikejar dan anda menetapkan target untuk itu. ada kawan mahu bersama. bagus! ada peneman, penambah ceria. jika rakan anda yang sudah terbiasa teman tiba-tiba tidak dapat bersama anda melakukannya..

anda juga perlu hentikannya? tidak! teruskan. tak perlu buang masa dengan membawa hati yang rajuk. tak perlu membuang tenaga menunjukkan anda marah dengan dia. tidak perlu! kenapa anda perlu marah?

tidak pernah terfikirkah anda setiap insan ini ada kesulitannya tersendiri? jika anda tidak mahu mengerti kesulitannya apa, sekurangnya fahamilah bahawa dia berada dalam kesulitan. jangan buang masa, buang tenaga.

anda ada perkara yang telah ditarget. memang fitrah peneman itu tidak akan selamanya. dia datang silih berganti. bukan kehendak dia. tapi memang fitrah hidup kita begini. jadi anda teruskan rutin seperti biasa.

jangan hanya kerana masalah kecil itu target anda berkecai sepenuhnya. usaha anda sia-sia sahaja sebelum ini. jadi apakah target anda? usahakan. bersama teman itu rezeki. tanpa teman itu berdikari. berdikari itu tabah dan cekal.

ya! saya pun perlu begitu. sama-sama kita tabahkan hati dan kejarlah targetmu. jangan biar ada penghalang.



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sunday, October 21, 2012

ULAS BUKU: HIDUP BUKAN RAHSIA


sebuah buku yang boleh meningkatkan kesedaran motivasi dalam diri kita. hasil penulisan Zabrina A.Bakar yang telah menyingkap 18 buah rahsia mengenai kehidupan. ya! rahsia yang perlu dikongsi untuk kesejahteraan bersama.

anda fikir anda telah gagal? kecewa? tiada peluang? resah dan gelisah? dan sebagainya yang merosakkan hari-hari anda? carilah buku ini. insyaAllah, moga dibukakan hati anda dan kita semua.

Alhamdulillah, dapat juga saya habiskan membacanya setelah hanya mampu membelek-belek baca yang mana suka sahaja, tetapi saya telah membacanya dari awal sampai habis. penulisan yang cukup santai, bersahaja dan sampai maksudnya kepada kita. penulisan yang berasaskan kisah hidup seharian kita semua termasuk hidup seharian penulisan.

sambil-sambil bercerita, penulis juga menyelitkan kata-kata hikmah dari tokoh-tokoh yang boleh membangkitkan semangat dan motivasi saya. selain itu, penulis juga tidak ketinggalan menghuraikan hadis-hadis yang diselitkan dan juga ayat-ayat Al-Quran untuk kita semua berfikir sejenak setelah lama kita mengendahkan ayat-ayat Allah.

nak tahu? saya ingat bila saya baca rahsia yang ke18, saya sudah hampir menamatkan pembacaan saya, rupanya saya seorang yang bertuah kerana ada satu rahsia bonus yang telah penulis selitkan. nak tahu? anda kenalah cari buku ini :)

sedikit saya ceritakan mengenai penulis- dikenali sebagai sis Zabrina: seorang penulis motivasi dan penulis rencana dalam media cetak dan elektronik. karya-karyanya telah disiarkan di Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Mesir dan Brunei Darussalam. saya juga dapat tahu bahawa buku Hidup Bukan Rahsia juga ada diterbitkan dalam versi Bahasa Inggeris.

jadi aktifkan diri anda dengan motivasi dan inspirasi yang tiada batasan- tidak kiralah siapa anda!



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Friday, October 19, 2012

MINUMAN YANG KURANGKAN BERAT BADAN



air masak (sudah tentu pilihan terbaik)

jus sayur-sayuran (sebab berasaskan sayur ^^)

teh (tapi jangan manis-manis)

kopi (kesan kafein-panaskan tubuh, tingkatkan metabolisma)

susu rendah lemak (protein yang sangat baik)

limau suam (jangan letak gula)


ini antaranya, mungkin anda lebih tahu yang lain? cubalah! ^,^

Sumber: Pen Patah 



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

7 LANGKAH MUDAH KE DIET SIHAT

  • GANTI MINUMAN MANIS KE AIR KOSONGpengambilan air kosong terutamanya selepas makan akan mengurangkan paling minimum 10 sudu gula sehari. Dalam sebulan total jumlah berkurang sebanyak 6 cawan gula = 450 gram lemak. 

  • AMBIL BUAHAN SEBAGAI GANTI MANISAN- buah-buahan kaya dengan serat dan antioksidan yang baik untuk sistem percernaan badan. Alternatif yang lebih baik daripada manis kek dan kuih muih untuk pencuci mulut selepas makan. (kalau ikut sunah, makan buah sebelum makan, kan? kalau salah perbetulkan :))

  • KURANGKAN MAKANAN BERASASKAN KARBOHIDRAT RINGKAS- contoh makanan yang mengandungi karbohidrat ringkas ialah nasi putih, roti putih, coklat, gula dan makanan2 lain yang berasaskan tepung. Karbohidrat ringkas boleh menyebabkan penyakit tiga serangkai-kencing manis, sakit jantung dan darah tinggi sebab kandungan gula yang terlalu tinggi. So, kurangkan pengambilan karbohidrat ringkas dan tingkatkan pengambilan karbohidrat kompleks seperti beras perang, roti bijirin, buah, sayuran.

  • JANGAN TINGGAL/LEWAT AMBIL SARAPAN- sarapan akan membekalkan tenaga seharian, yang akan memastikan badan aktif, cergas dan sihat. Mereka yang tidak bersarapan akan menjadi terlalu lapar pada tengah hari dan akibatnya akan makan terlalu banyak. Mereka yang lewat makan pula akan mengganggu metabolisma badan dan menyebabkan lemak-lemak badan tidak diproses dengan sempurna. Jika tiada masa ambil sarapan cuba ambil shake protein, susu rendah lemak atau yogurt sebagai sarapan pagi yang ringkas.

  • AMBIL KEKACANG SEBAGAI SNEK- tukar pengambilan makanan ringan seperti keropok, kerepek, cip kepada kekacang, kerana mempunyai lemak yang sihat dan proteinnya dapat membantu mengekang rasa lapar. Pastikan pula pengambilan snek tersebut tidak bercampur garam atau perisa. 

  • MINUM SUSU RENDAH LEMAK- memastikan badan dapat zat kalsium yang penting untuk tulang, otot dan sendi yang lebih sihat. Selain susu, boleh juga ambil susu soya dan yogurt.

  • MAKAN IKAN- mempunyai omega3 yang baik untuk jantung. Kalori dan lemaknya lebih rendah berbanding daging dan ayam. Masakan yang lebih sihat iaah yang dikukus, bakar atau rebus.

Rujukan: Facebook




Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Saturday, October 13, 2012

HUJAN AIR MATA

hujan seakan mengerti gundah hati ini
turun mengiringi membaja damai
tapi masih tak ku puas dihujani dingin ini
ku ingin satu pelukan jiwa

kadang-kadang manusia sendiri pun susah nak memahami manusia itu sendiri
padahal manusia- punya jiwa yang sama
ya, mungkin inilah yang dikatakan cubaan

ahh, memang isi hati sukar diungkapkan
jika dicuba takut disalah erti

arah mana lagi harus dituju
tidak cukupkah dengan tidak menipu diri sendiri?
tidak menipu kamu?
memang inilah manusia
 
kadang-kadang tak cukup hanya jujur
tak cukup hanya ikhlas
sempurna mana lagi harus digali?
mungkin kamu tak pernah mengerti?
apa yang dikatakan hidup ini sebagai roda

mungkin bila kamu rasa duniamu berpusing
saat itu kamu teringat aku

damai sebentar mengungkap bait seorang sahabat
"kamu yang percaya"
"di hujung derita ada syurga"
"air mata itu cinta"



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday, October 8, 2012

NO MORE SADNESS NO MORE STRESS


mungkin untuk melupakan perkara yang sudah satu perasaan yang jerih. kenangan yang paling manis atau sebaliknya. bagaimana cara mengatasinya? memaafkan. itu sahaja penyejuk hati pedamai jiwa. kadang-kadang tak perlu lupakan kerana itu sudah menjadi sejarah yang perlu diambil iktibar atau sebagai kenang-kenangan.


ya! nak ceria? mudah sahaja. jaga hubungan dengan Allah, jaga hubungan dengan manusia.



bila hati gundah gulana, semestinye diri tertekan yang jika tiada pedoman, kadang-kadang ke kancah hina perginya. selepas sihatkan hati dan jiwa, berikan kekuatan pada lahiriah dan nurani. jangan nafikan hak manusia untuk rasa gembira. sesungguhnya satu pelukan mampu menenangkan jiwa yang resah. percayalah! ia benar! sentuhan daripada pelukan itu yang akan memberi debunga dalam hati. cubalah!


di atas hanya sebahagian dan sebagai panduan. kita punya cara berbeza. asalkan dapat buang lara, sudah cukup mencapai tujuan. bertebaranlah kita menyuntik senyuman semangat dalam jiwa- ubat pada jasad yang perlu teruskan kehidupan.


sumber gambar: facebook
*klik pada gambar untuk pembesaran imej







Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sunday, October 7, 2012

10 LANGKAH UNTUK CERIA :)






kadang-kadang tak perlu sebab untuk kita rasa gembira kerana rasa gembira itu hak semua orang. walaupun kadang-kadang ada juga hati yang jahat merampas hak gembira itu daripada kita. tak kisahlah dengan apa cara sekalipun. jika dia merampas hak itu untuk sementara, mungkin boleh dimaafkan. tapi jika menghantui seumur hidup? sampai mati takkan dimaafkan....? perkara ini boleh saja terjadi. anda mahu yang mana? hati jahat yang merampas hak gembira seseorang atau seseorang yang cuba pertahankan hak gembira dirinya...

sumber gambar: facebook
* klik pada gambar untuk pembesaran imej

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen