Wednesday, August 22, 2012

SELAMAT HARI RAYA (nak juga)


selamat hari raya 
maaf zahir dan batin

untuk pembaca blog sepi ini

segala tulisan saya
sekiranya ada mencetus sebarang kacau bilau dalam hidup anda

saya minta maaf

*pagi-pagi raya lagi saya memang tak ada mood, (sigh)


tiba-tiba suasana jadi lain daripada yang biasa, mana tidaknya.
biasanya kita-kita sahaja, tiba-tiba ada tender baharu, mana tidaknya.

*haha saya seorang sahaja faham :)

apa-apa pun, sambil beraya, ingatlah orang lain dan juga orang tersayang- kalau naklah kan

Thursday, August 16, 2012

PBS - HARI KEDUA & KETIGA


hari kedua- tiada apa menarik sangat. datang sekolah mengantok lagi. tak tahu kenapa. puasa? alasan! mengantok punya pasal, terpaksa cari tempat tersorok nak tidur- akhirnya tidak ada! nak tidur beralaskan tangan atas meja, itu stail murid. malu lah murid tengok nanti. kalau guru tidur atas meja, stailnya tangan sambil pegang pen merah atau buka buku dan kepala tersengguk-sengguk sedikit, mata kompem pejam. eh betulkah? ha ha ha apa yang saya tengok masa saya murid dulu. wink. dapat tahu akhirnya sekolah dengan takzimnya ambil juga cuti hari khamis itu dengan penuh rendah hati dan budinya- yelah orang dah kasi cuti, ambik je la.. wink.

hari ketiga - hari ketiga pun sama. pagi-pagi cikgu suka tidur. salah! bukan tidur, tapi mengantuk! penatnya cari kerja - apa yang boleh buat untuk aktifkan diri, akhirnya! GPK HEM minta tolong tampal-tampal gunting-gunting kad raya. seronok! sebab dapat kerja! hari terakhir di sekolah, ada majlis khatam Al-Quran. kemudian majlis Di Ambang Syawal. ha ha ha. seronok sangat murid-murid ni sebab nak cuti dan raya. sambil tunggu kedatangan GB, lagu raya dipasang, semangat sungguh mereka menyanyi. cerita pasal lagu raya, saya nak cakap sedikit, entry akan datang.

selepas GB berucap, murid-murid lagi tak sabar sebab mereka akan dapat duit raya. baiknya hati pihak sekolah ini. tapi!!! sebelum mereka dapat, guru yang dapat dulu. ngeh ngeh ngeh. tak sangka nama saya diumumkan yang kedua untuk terima duit raya. dan lagi tak sangka guru pun dapat. penuh tak sangka guru 'sekejap' pun dapat. amboi! malu saya, murid-murid ni- gemuruh sangat tepuknya. ok perasan, tapi betullah. saya perasan lagi, murid-murid ni- lagi-lagi perempuan suka sangat tengok kasut saya. ala kasut yang ini. sebab tu kot mereka tepuk bagai nak rak. saya malu, rasa macam dah tersengeh kambing dan berjalan dengan laju macam itik pulang petang- laju yang terkedek-kedek- sebab pakai kasut tinggi dan kena melangkah laju-laju? ha ha ha


akhirnya kita bersalam-salaman sesama murid dan sesama guru. harap kelakuan saya selama tiga hari di sekolah tidak menyinggung mana-mana pihak. manusia kadang-kadang tak sedar dia buat silap. tambahan pula,saya memang seorang yang sukar menyesuaikan diri dengan orang dan persekitaran baharu. betul! tak tipu. saya perlu ambil masa lama sedikit untuk beramah mesra.

sebab tu orang akan kata saya sombong pada mulanya. bila dah bergelak ketawa, mesti akan ceritakan ekspresi pertama mereka tentang saya- sombong? mungkin ha ha ha

apa-apa pun GB sekolah ini best! sempoi! berkarisma? ha ha ha. apa-apa sahajalah. tiba-tiba rasa nak posting di sekolah kurang murid pula. guru pun mestilah kurang juga. seronok tu!

SELAMAT MENERUSKAN PUASA & SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN 


Tuesday, August 14, 2012

RAIKAN MEREKA BUKAN HANYA DI BULAN RAMADAN


jangan gembira sangat. - sambungan dari sini 

cuma nak ingatkan pada anda dan diri sendiri bahawa, dalam kita bergembira menyambut hari lebaran yang bakal tiba, ada lagi insan yang masih diperlukan perhatian.

contoh:anak yatim.

saya ada terbaca satu artikel kisah benar atau tidak, saya tidak tahu. sumbernya pula, memang sudah lupa. tapi apa yang boleh saya simpulkan kebenaran dari kisah itu ialah, anak yatim ini mewah kehidupannya hanya di bulan Ramadan. dalam bulan inilah mereka dapat merasa segalanya dengan mewah- makanan, pakaian, dan sumbangan lain-lain.

biasa yang kita lihat ialah mereka dibawa berbuka di hotel-hotel, bersama YB-YB, jemputan-jemputan artis yang membuat persembahan (kita pun kadang-kadang atau tak pernah merasa).

tapi, bila habis Ramadan? habis begitu sahaja. mereka juga turut dilupakan. hanya bertemu kembali pada Ramadan akan datang. sebenarnya, apa yang mereka mahu, bukan itu! apa yang mereka mahu ialah perhatian dan kasih sayang yang berterusan.

sebagai badan-badan NGO, syarikat-syarikat dan sebagainya yang selalu membuat kebajikan seperti ini atau ini termasuk dalam agenda semasa di bulan Ramadan, mengapa tidak anda khaskan dana hasil untung syarikat untuk mereka ini?

sekurang-kurangnya, masukkan dalam agenda setiap bulan akan melawat anak-anak yatim ini. setidak-tidaknya anda dan mereka semakin akrab, mereka juga tidaklah berasa sunyi di mana hanya mengharap kasih rakan senasib dan penjaga-penjaga di rumah-rumah anak yatim.

saya hanya mengulas sahaja berdasarkan artikel itu. penamat kisah itu, akhirnya syarikat tersebut telah mewajibkan untuk melawat anak-anak yatim itu sebulan sekali dan sentiasa keep in touch. bukan hanya di bulan Ramadan.

wallahua'alam (~,^)v

Monday, August 13, 2012

NAK TINGGI DENGAN PENUH BERGAYA TANPA RASA SAKIT?


bukan tak bersyukur dengan apa yang ada, heh! cuma biasa la, manusia ni memang suka melebih-lebih. muqaddimah-cukup.

terbaca post seorang senior mengenai kasut. hehe. saja nak cerita saya rasa macam saya dah jumpa kasut tinggi tapi mungkin tidak membuatkan kaki rasa sakit. sebab tak perlu terjengket-jengket. saya pun tak suka.


setelah menunggu lebih kurang seminggu, akhirnya reti pun dia cari jalan rumah. cantik? tak cantik? tak kisah la, dah ini je yang ada saiz, ambil saja. nak merasa kali pertama. cari di kedai-kedai tak jumpa.

kenapa suka kasut ni? kasut ni tinggi. jadi, menampakkan saya tinggi sedikit. tapi kasut ni flat. tak de platform- kaki tak perlu jengket yang akan membuatkan kaki sakit. istilah platform tu betul ke? senang cerita kasut tinggi la @ heels. istilah untuk kasut ni? saya tak tahu. yang pasti tinggi tapi flat, ha ha ha.

rasa tak sabar nak pakai pergi ke sekolah besok. sebab kaki saya dah sakit pekena heels. 

jalan-jalan di Times Square hari sabtu lepas, ternampak pattern kasut ini, macam-macam design ada. rasa nak melompat kegirangan, terjojol biji mata melihat. masuk kedai, pekena setiap satu kasut tersebut. memang sedap. harga pun sedap. letak balik, cepat keluar dari kedai!

kesimpulannya, jika rasa nak cuba kasut tinggi dan menyelesakan, silalah cuba kasut jenis ini. rasanya kasut ini baru mula nak menular di Malaysia. atau sebenarnya dah lama menular? saya baru tahu? tak kisah la. sebab kawan saya yang lagi up to date mengenai hal-hal ini pun tak tahu-mereka tahu dari saya ha ha.. wink 

tapi betul ke selesa? betul tak kan sakit? entah, saya tak tahu. sebab tu saya nak cuba. kalau sakit, saya diam, tak sakit pun saya diam je lah. kalau nak tahu, cuba sendiri. ha ha ha.


p/s: silalah jangan membazir. wink


PBS - HARI PERTAMA



Tiada apa yang menarik sementara menanti hari-hari bakal melangkah ke sekolah. lokasi terakhir PBS untuk sekian kalinya ialah di rumah sahabat-Klang-lokasi pertama PBS.

menarik kali ini, tempoh di sekolah hanya 3 hari-tak pasti sebab ada juga cikgu yang tak nak ambil cuti hari khamis- Guru Besar yang tak nak, huhu. menarik lagi, tugasan khas sudah dapat diselesaikan dalam masa satu hari, Alhamdulillah. terima kasih encik kerana sudi memahami bahawasanya saya sedang dalam mood nak raya dan belambak tugasan lain lagi yang ada markah- PBS ni tak de markah pun, tapi wajib buat (~,^)v

pengajaran: berdasarkan peristiwa nak undur kereta masa nak balik dari sekolah- janganlah takut untuk melakukan kesalahan atau rasa seribu perasaan yang tidak enak bila melakukan kesalahan-walaupun itu fitrah, tetapi cuba kita ambil yang positif. jika kita selalu berada dalam zon selesa, bagaimana kita nak tahu tahap kemampuan kita. bila sudah merasanya, baru kita tahu. dan ucapkan rasa syukur bila sudah dapat melepasinya. 

saya boleh kata begini sebab itu bukan saya? TAPI saya akan melaluinya juga satu hari nanti, cuma masa dan ketikanya itu tidaklah ketahui lagi. dan tidak ketahui lagi bagaimana pula keadaan saya mengharungi.

maaf atas segalanya. saya yakin dengan awak. tapi awak membuatkan diri awak tak yakin pada diri sendiri. maaf sekali lagi.



Saturday, August 4, 2012

RUMAH A.SAMAD SAID




KITA ADALAH APA YANG KITA BACA

KHILAF SHARING DI FACEBOOK?


saya memang suka share-share ilmu-ilmu yang ada di facebook. tapi ada juga suara-suara yang berpendapat mengenai orang-orang seperti saya- suka sangat tekan share di facebook....

mereka mengatakan bahawa bukan tak boleh share, tapi tengoklah dulu intipati ilmu atau penyataan yang kita share itu- adakah benar atau tidak. ini tidak main suka share je. kalau share ilmu yang betul tak pa, kalau salah? dah tak memasal ilmu salah itu tersebar. (lebih kurang beginilah maksudnya)

setiap orang berhak memberi pandangan, setiap orang harus menghoramati pandangan orang lain. 

bagi saya pula, tidak kisah la ilmu itu punya khilaf dalam beberapa bahagian. apabila kita share, secara tidak langsung orang lain pun akan share juga, kan? jadi di sinilah peranan kita yang share perkara-perkara di facebook ini.

selepas share, kajilah sendiri sama ada benar atau tidak, sama ada terdapat khilaf atau tidak, sama ada sahih atau tidak sesuatu yang kita share itu. jika adanya khilaf, sila nyatakan di ruangan komen. kemudian nyatakan sekali yang benarnya apa? buktinya apa?

jadi di sini, bagi saya tiada salahnya nak share apa-apa pun, yang lainnya terpulang pada diri kita untuk menilai itu baik atau buruk. yang baik kita ambil, yang tidak kita tinggalkan. 

sekurang-kurangnya, dengan share perkara salah, orang lain pun dapat ilmu baharu iaitu perkara itu salah rupanya.

wallahu'alam
|
|
(~,^)v